Oleh pada 31 Mar 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Ramon Marcote

Penaja utama Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Puan Sri Ginney Chew akui terkejut dengan keputusan mendadak KFA merehatkan Ramon Marcote sebagai ketua jurulatih pasukan skuad hijau kuning.

Pengarah ECK Sdn Bhd itu menerusi wawancara bersama portal Mstar Online, secara terbuka mendedahkan punca sebenar Marcote dilucutkan jawatan hingga menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan para penyokong. 

penaja utama kfa pecah rahsia punca sebenar ramon marcote direhatkan 2

Kredit foto: Instagram Ramon Marcote

“Saya lagi sedih sebab saya yang minta presiden KFA (Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah) untuk bawa dia (Marcote) ke sini. Saya rasa macam dah musnahkan masa depan dia, kacau hidup dia yang lebih baik di Sepanyol.

“Sepatutnya dia diberi lebih masa sekurang-kurang habis separuh musim ini,” katanya. 

Menurut Ginney, 40, jurulatih kelahiran Sepanyol itu menjadi mangsa keadaan terhadap isu dalaman pasukan berkenaan. Malah tindakan merehatkannya juga dilakukan demi menjaga kepentingan pihak tertentu.

“Saya terkejut baru-baru ni ketika ada mesyuarat, ada seorang individu menuduh Marcote tidak ada Lesen A.

“Saya terkejut dengan pendedahannya itu. Setahu saya Marco mempunyai lesen profesional, PHD malah dia mempunyai kelayakan lebih daripada semua jurulatih di Malaysia,” katanya.

Ginney merasakan individu berkenaan tidak sewajarnya mencari alasan sedemikian semata-mata untuk menyingkirkan Marcote.

“Saya tidak ada hak bersuara dalam KFA. Apa yang saya cakap, mereka (komuniti KFA) tidak ambil peduli.

“Apa yang dibincangkan dalam mesyuarat, tidak sama langsung dengan keputusan dibuat selepas itu. Presiden kata nak bagi peluang, tetapi komuniti yang buat keputusan.

“Inilah yang membuatkan saya terkilan,” beritahunya.

Dalam pada itu, Ginney berkata, sejujurnya beliau enggan lagi terlibat dengan pasukan yang disifatkan penuh dengan konflik dalaman itu, namun tetap meneruskannya demi negeri Kedah.

Ginney juga menyedari keputusan membawa Marcote kembali memegang peranan utama sebagaimana yang dimahukan penyokong berada di luar kuasanya.

penaja utama kfa pecah rahsia punca sebenar ramon marcote direhatkan 3

Kredit foto: Instagram Ramon Marcote

“Ramai penyokong yang minta saya bawa Ramon masuk balik tetapi dah tak ada cara. Saya dah rasa malu.

“Mengenai Marco, saya ada menghubunginya dan meminta dia memaklumkan apa sahaja keputusannya selepas ini.

“Saya sudah cuba membantunya, namun keputusan bukan di tangan saya,” luahnya.

Rabu lalu menyaksikan Marcote disingkirkan daripada jawatan Ketua Jurulatih Kedah dengan alasan untuk mengalihkannya kepada peranan baharu sebagai Ketua Jurulatih Pembangunan Bola Sepak KFA.

Terdahulu, prestasi Kedah dilihat merosot sejak awal musim ini apabila hanya mampu berpuas hati dengan enam mata, menjadikannya setakat ini berada di kedudukan ketujuh dalam persaingan Liga Super selepas merekod dua kemenangan dan tiga tewas.




Hakcipta iluminasi.com (2017)