Setiap pemilik rumah yang menyewakan rumah kepada orang lain mengimpikan penyewa yang boleh membayar sewa rumah mengikut masa yang telah dijanjikan. Malangnya, tidak semua pemilik rumah bernasib baik.

Kali ini kami ingin berkongsi pengalaman Pn. Syazanna Hadenan menyelesaikan masalah berhadapan dengan penyewa yang sudah tidak membayar sewa rumah selama 4 bulan dan cara yang dilakukan untuk berhadapan dengan kes sebegini.

apa patut buat kalau penyewa tak bayar duit sewa rumah

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ini adalah pengalaman saya menguruskan penyewa yang enggan untuk keluar rumah walaupun tempoh menyewa telah tamat dan sudah disuruh untuk keluar. Apa yang telah berlaku adalah bekas penyewa saya telah culas membayar duit sewa rumah selama 4 bulan, daripada bulan Mei sehingga Ogos. Kontrak sewa sepatutnya tamat pada bulan Julai 2017.

Pada bulan Ogos 2017, terdetik hati untuk menyemak bil TNB, RM1800 bil tunggakan! Perasaan hendak maki bertimbun-timbun tapi bersabarlah hati. Bila WhatsApp tanya pasal sewa, memang tidak reply. Bila tanya bila hendak keluar dia jawab awal bulan 9. Hello, mister? I didn’t give you any permission to stay any longer pun. Siapa owner? Siapa tenant? Dia pula buat keputusan hendak keluar bila. Jadi, pada 8 September penyewa tersebut akhirnya keluar dengan meninggalkan kunci pagar dengan begitu sahaja. Blerghhh~ 

So, here we go.

1) Dari first month yang dia tidak bayar sewa itu, sepatutnya kami berkeras. Kena selalu push minta jugak duit sewa. Tapi actually we did that. Cuma everytime we pushed him, selalu ada alasan tersendiri. Paling famous: "cheque belum clear lagi", "minggu depan masuk", (itu yang jadi dragged lama sangat tu). Itulah sebab perlu bertegas. Tidak boleh bagi muka sangat.

2) Sebenarnya bila sudah masuk bulan pertama tidak bayar sewa, sepatutnya kami hantar notis lewat bayar. Second month: second notice. Third month: termination notice. Tapi kami tidak buat. Sebab apa? Sebab fikir hendak bagi masa lagi untuk dia bayar. Lebih kepada tidak ingat sebenarnya. Dan mungkin kerana terlalu bersangka baik MELAYU ISLAM tidak buat benda macam ni. (baca: tinggal secara percuma)

3) Our very own rental contract was too simple. Copy and paste from internet. Banyak benda tak detail, akhirnya makan diri sendiri. Memang stamping, tapi akhirnya kami tidak dapat gunakan apa yang sepatutnya boleh digunakan. For example: no pets allowed. TAPI penyewa bela juga kucing. Bila sudah keluar rumah baru tahu bela kucing. Anda rasa? Hendak saman? Penyewa sudah keluar rumah pun. Makan hati sahajalah tengok rumah berbau.

4) Bila perkara ini sudah jadi terlalu serius, sudah bagi masa sebulan untuk keluar tapi masih berdegil. We seeks advices from oldies, families, friends or anyone with experience on the same matter, tapi hakikatnya, setiap kes adalah berbeza. Maybe si A buat macam ini, menjadi dengan penyewa dia. Bila si B buat, penyewa dia buat relax. Haha! So, we got so many options. In the end, tidak tahu hendak buat apa. (but seriously, everyone who had helped us through these mess with ideas and solutions are the best! Kinda remind us that there are still good peoples around us)

5) Face to face? We didn’t do that. Why? Here is why. He is 40 years old man. And I am the owner of the house, 27 years old woman. Hendak bergaduh dengan orang tua umur 40 pasal sewa? Memalukan dia satu hal. Dan saya takut saya sendiri tidak boleh kawal tangan, kaki, mulut dan hati. Hahaha~ suami boleh bercakap dengan dia, tapi takut akan jadi benda lain juga. Selalunya orang macam ini pandai, dia akan minta hanya akan bercakap dengan owner rumah. Wakil ke suami ke pakcik ke, semua tiada hak untuk bercakap. So, we let it pass.

Apa yang perlu dibuat?

Apa hendak buat bila sudah terjadi macam ini? Ini apa yang kami belajar dan conclude dari kes rumah sewa sendiri. Kami anggap ini pengalaman yang mematangkan cara pemikiran dan cara menyelesaikan masalah. Anggaplah juga cubaan dan dugaan.

1. NOTIS :

Perkara pertama apabila sudah lambat bayar sewa, hantar terus notis. Tidak perlu tunggu atau melambat-lambatkan. Agak-agak sudah terlepas jauh sangat dariada tarikh yang dipersetujui, hantar notis. Cukup 2 notis, notis seterusnya notis pengosongan rumah (Letter of Demand). Yang ini boleh buat carian di internet. Lagi best suruh lawyer hantarkan. Caj sekitar RM100-300. Bergantung pada kawasan juga.

2. LAWYER :

Kemudian, terus cari lawyer dan dapatkan nasihat terlebih dahulu. Selalu khidmat nasihat free je kan? Tanya dulu, berdasarkan kes dan situasi saya, apa langkah seterusnya yang saya kena ambil. Sebenarnya lawyer is the right person to ask regarding on cases macam ni. Lagi senang dan kurang serabut (tapi standby $$) :P and selalunya, memang kena hire lawyer untuk proceed. Bila orang awam hendak buat sendiri, mahkamah macam pelik, sebab selalu lawyer yang buat. Lagi satu, selalu dengar kalau sudah jadi kes melibatkan lawyer, kita boleh suruh oenyewa yang bayar legal fee. Malangnya tanggapan itu salah. Katakan untuk kes tuntutan RM3-4K, hakim akan suruh penyewa bayar dalam RM100 sahaja. Haha. Kalau legal fees dekat 3K, RM 2.9K bayar sendiri okay. Takde istilah fully sponsored by tenant even dia yang buat salah yang menyebabkan kau kena hire lawyer.

3. OPTIONS :

Untuk kes saya, lawyer ada bagi 2 pilihan. Writs of distress atau Vacant possession. Writs of distress ini menurut fahaman saya, mahkamah akan sita barang-barang dalam rumah untuk dijual untuk bayar sewa. Tapi penyewa masih dalam rumah lagi. Belum halau keluar lagi. Vacant possession ini untuk pengosongan rumah. Yang ini baru betul boleh halau penyewat yang degil. Tapi ini memang akan ambil masa sikit hendak dapat court order. Tapi kalau dapat yang ini puas hati sikit. Kau memang boleh pergi serang rumah itu sebab sudah dapat kebenaran untuk menyerang. Haha. Agak-agak degil tidak mahu keluar juga, hubungi balik mahkamah ke polis ke. Tengok apa diorang cakap (yang ini kalau salah, let me know ok, tapi ini yang saya pahamlah).

4. TIDAK PERLU KUNCI RUMAH :

Sebenarnya mengunci rumah/tukar mangga adalah salah. Jadi lepas ini jangan kunci pagar/tukar mangga. Sebab pertama, penyewa ini kalau datang jahat dia, dia boleh buat false claims yang mengatakan barang dia hilang masa kita pergi kunci rumah itu. Yes. Benda ini boleh jadi. Sebab jadi dengan kami. Tapi tidak mengapa, Allah ada. Dia tahu siapa betul siapa salah. Kedua, penyewa ini boleh claims, kesan daripada perbuatan kita kunci rumah ini, dia tidak boleh masuk rumah, tidak boleh pergi kerja, gaji kena potong. Jadi, dia boleh claim gaji dia yang kena potong. Bijak tidak bijak perundangan kita ini sebenarnya. Jadi, memang kena tahan panas tengok penyewa yang tidak tahu malu keluar masuk rumah.

5. POTONG AIR / ELEKTRIK

Yang ini lupa hendak tanya lawyer itu boleh atau tidak. Tapi rasanya penyewa boleh claim consequences from action. Macam point no. 4. Secara logiknya, memang kalau sudah potong api air, confirm lari bertebaran. Tapi faham-fahamlah manusia ini banyak akalnya. Unless, kalau tengok TNB sudah tertunggak sampai 3K, boleh pergi TNB sound setepek kenapa tak potong-potong lagi. Haha!

6. REPORT POLIS

Sebenarnya daripada pengalaman saya, report polis pun tidak jadi apa juga. Sebabnya ini kes sivil. Paling kurang pun polis akan bagi surat untuk bawa pergi mahkamah. Mahkamah akan proses surat itu untuk panggil hearing and polis itu akan jadi saksi kalau masuk court nanti. Walaupun laporan sudah dibuat pada polis, polis masih tiada hak menghalau penyewa. Bukan bidang kuasa polis. Polis kena tunggu court order baru boleh tolong pecah masuk rumah. Bukan nak cakap polis useless okay, cuma undang-undang kita terlalu rumit.

7. RENTAL CONTRACT / TENANCY AGREEMENT

Seeloknya untuk ini buatlah proper. Biar habis duit sikit untuk buat kontrak, asalkan lengkap dan boleh digunakan tanpa memakan diri sendiri. Guna lawyer untuk buat contract. Ini pun pengajaran juga, lepas ini cari lawyer untuk buat kontrak. Cuma apabila terjadi kes sebegini, masih perlu mencari lawyer lain. Lawyer yang buat kontrak kita itu akan jadi saksi sahaja nanti.

Paling penting, sebenarnya walaupun kita pemilik rumah, kontrak sudah habis, kita masih tiada hak untuk masuk dalam rumah itu. Silap-silap kita pula dituduh penceroboh. Memang boleh tengok rumah itu dari jauh sahajalah. Part ini pun saya tidak faham jugak kenapa. Kena tunggu court order untuk masuk walaupun kontrak sudah berzaman habis. Undang-undang yang melemakkan pesalah bab kata laki saya. Hopefully ada alasan tersendiri kenapa undang-undang ini dicipta. Jadi, lepas dah hire lawyer, tunggu sahajalah hearing dan mahkamah keluarkan perintah. Baru boleh selesaikan. Mahu atau tidak memang kena buat legally. Better be safe than sorry. Part tunggakan tu, kalau kurang RM5K, buat tuntutan kecil. Kalau lebih, silalah hire lawyer lagi.

Untuk rumah saya, alhamdulillah dapat balik walaupun rumah dalam keadaan tongkang pecah. Tp janji dapat balik. Yang saya boleh cakap, Allah itu ada. buat jahat, aniaya orang, ingat boleh lari dengan aman? Ingat sikit ada anak bini 

Deposit memang ambil, jangan risau. Sekurang-kurangnya boleh cover sikit mana-mana yang kena tampal. Tapi itulah, manusia kalau tidak kena atas batang hidung sendiri, memang sedap sahaja cakapnya.

Semoga urusan selepas ini dipermudahkan. Semoga masih ada rezeki untuk kami.




Hakcipta iluminasi.com (2017)