pasangan bahagia bergambar depan rumah baru

Jika anda ingin tahu berapakah kadar kemampuan anda, kini anda tidak perlu mengira lagi. Dengan menggunakan data dan perkiraan anggaran, berikut adalah senarai jadual yang mungkin memberi anda gambaran lebih jelas berapakah pendapatan yang anda perlukan untuk membeli rumah di Malaysia.

Harus diingatkan, perkiraan ini adalah andaian anda tidak mempunyai banyak komitmen lain seperti hutang kad kredit, pinjaman peribadi dan apa saja bentuk pinjaman lain yang akan mengurangkan kadar ratio hutang : pendapatan anda.

Harga RumahPinjaman 90%Tempoh Pinjaman (Tahun)Nilai Ansuran (Faedah 4.5%)Gaji diperlukan (RM)
100,00090,00030RM4902000
200,00180,00030RM9353000
300,00270,00030RM13683500
400,00360,00030RM18245000
500,00450,00030RM22806000
600,00540,00030RM27367500
700,00630,00030RM31928500
Jika anda melihat jadual tersebut, anda akan sedar jumlah ansuran bulanan rumah anda sepatutnya tidak melebihi 30% pendapatan anda. Ini dibuat untuk memastikan anda mempunyai lebihan pendapatan bagi membiayai perkara lain seperti simpanan, pelaburan, pinjaman kereta dan skim persaraan.Untuk jumlah wang deposit yang diperlukan bagi membeli sebuah rumah, berikut adalah senarai jumlah deposit yang diperlukan mengikut harga yang tersenarai.
Harga RumahDeposit 10%Kos Perjanjian Jual Beli (RM)Kos Duti Setem (RM)Jumlah Sebenar Deposit (RM)
100,00010,0006793145018243
200,0020,0008807390032707
300,0030,00010895635047425
400,0040,00013004880061804
500,0050,000151141125076364
600,0060,000169181470091618
700,0070,0001860518150106755

Selain pembayaran kontrak perjanjian jual beli, kontrak pinjaman dan duti setem yang dikenakan, besar kemungkinan anda juga perlu menambah beberapa ribu lagi untuk perlindungan takaful MRTT atau MLTT dan juga kos pengubahsuaian, seperti pemasangan kabinet dapur dan pendawaian.

aliff syukri pakar hartanah

Ini bermaksud, sebagai satu panduan mudah, secara amnya setiap individu perlu menyediakan 20% wang tunai untuk memudahkan urusan jual beli rumah mereka sebelum mereka membeli sebuah rumah.

Ada beberapa cara untuk membantu pihak pembeli mendapatkan jumlah 20% yang diperlukan tetapi harus diingatkan, cara yang paling baik adalah dengan menabung dan melabur, atau anda mungkin juga boleh mengeluarkan carumah akaun 2 dari tabung KWSP anda bagi tujuan tersebut.

Apa yang lebih baik, pastikan nilai ansuran anda itu selaras dengan kemampuan anda dalam bentuk bulanan dan anda mempunyai simpanan kecemasan sekiranya berlaku keadaan yang memerlukan.

Terjemahan

How Much Salary Do I Need to Earn to Buy A House (The Star)


tags : , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)