Oleh pada 29 Jan 2018 kategori

Sumber foto: BH Online / Ahmad Irham Mohd Noor

Pertemuan calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan dipimpin oleh DAP, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama barisan duta dari 16 negara Kesatuan Eropah (EU) pada 26 Januari lepas adalah ancaman ke atas hubungan diplomatik dan kedaulatan negara.

Menurut Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun, pertemuan ini merosakkan usaha kerajaan bagi melindungi kedaulatan serta kedudukan negara dalam berhadapan dengan isu-isu kritikal dan yang berhubung agenda nasional.

Beliau berkata, salah satu ancaman tersebut adalah dialog-dialog yang kini diadakan melibatkan industri kelapa sawit negara.

Apa-apa kenyataan yang me­nyimpang daripada tujuan sebenar bakal membawa impak terhadap ribuan pengusaha ladang kelapa sawit tempatan.

“Apa yang paling menyedihkan sekali adalah Dr. Mahathir kini menyerupai tingkah laku pemimpin pembangkang yang menyokong campur tangan asing dalam proses demokrasi dan kedaulatan Malaysia,” ujarnya menerusi sebuah keterangan semalam.

Jelas Khairul Azwan lagi, Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan EU sehingga sekarang.

“Kita tidak seharusnya membiarkan tindakan segelintir pihak menggadaikan usaha kita selama ini,” jelasnya.

Sumber berita: Utusan Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)