Dua unit bom atom Amerika menamatkan Perang Dunia II pada Ogos 1945, menyebabkan kemusnahan yang tidak akan pernah dilupakan.

Dalam sekeli mata, puluhan ribu penduduk Hiroshima, Jepun terbunuh disebabkan oleh "Little Boy", nama kod bagi bom atom pertama yang digunakan dalam peperangan dalam sejarah dunia.

Para saintis membangunkan teknologi di sebalik Little Boy dalam Projek Manhattan. Projek yang tersangat rahsia ini bermula pada Disember 1942 apabila penglibatan Amerika dalam Perang Dunia II semakin meluas. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

projek manhattan

Kolonel Tentera A.S. Leslie R. Groves menyelia penglibatan ketenteraan, sementara Robert Oppenheimer adalah saintis awam yang bertanggungjawab terhadap pasukan yang melakukan kerja dalaman Little Boy.

Kemudahan untuk penyelidikan ditubuhkan di Manhattan, New Mexico, Tennessee dan Washington.

Reka bentuk Little Boy

Penyelidik-penyelidik projek itu diambil berdasarkan hasil kerja yang dilakukan oleh ahli fizik Enrico Fermi dan Leo Szilard, yang mana kedua-duanya menerima dana dari kerajaan A.S. pada akhir 1930-an untuk mengkaji uranium yang diperkaya dalam tindak balas rantai nuklear.

Uranium-235 yang diperkaya merupakan kunci untuk menghasilkan tindak balas pembelahan letupan dalam bom nuklear.

model bom atom little boy

Pasukan Projek Manhattan menyelesaikan dua reka bentuk yang berbeza untuk bom atom.

Dalam Little Boy, tindak balas pembelahan berlaku ketika dua potongan uranium berkumpul untuk membentuk jisim kritikal yang memulakan tindak balas menggunakan peranti seperti pistol.

Satu unit slug uranium menghentam yang lain selepas ditembak melalui laras senapang lembut. Kira-kira 60 peratus, atau 38.5 kg daripada uranium yang terbentuk menjadi peluru (dengan baki 40 peratus, atau 25 kg) berada dalam sasaran.

bagaimana bom atom little boy berfungsi

Peluru tersebut berbentuk silinder dengan lubang empat inci di bahagian tengah. Sasarannya juga berbentuk silinder pepejal yang berukuran tujuh inci panjang dan empat inci diameter.

Peluru silinder tersebut akan masuk dengan tepat ke dalam silinder sasaran di mana kedua-duanya bergabung bersama-sama.

Kemudian, tindak balas pembelahan besar-besaran bermula. Konsep penuh penembakan pistol tidak pernah diuji sepenuhnya sehingga bom sebenar dijatuhkan ke atas bandar Hiroshima.

Ujian makmal yang berjaya dalam skala yang lebih kecil memberi saintis keyakinan yang cukup bahawa proses itu akan berfungsi dengan jayanya.

Pembinaan terakhir dan penghantara Little Boy

little boy bom atom

Pembinaan terakhir Little Boy berlaku secara berperingkat. Bahagian-bahagian bom diangkut menggunakan kereta api dari Los Alamos, New Mexico, ke San Francisco.

Kemudian, semua komponen Little Boy dihantarkan menggunakan kapal USS Indianapolis ke Pulau Tinian di Lautan Pasifik iaitu di bahagian selatan Jepun di mana ia tiba pada 26 Julai.

Untuk mengelakkan kemalangan bencana, sekumpulan sasaran yang sarat dengan uranium dihantar secara berasingan ke Pulau Tinian menggunakan tiga pesawat angkasa C-54 Skymaster. Uranium ini juga tiba pada 26 Julai.

Sebaik sahaja tiba di Tinian, individu yang bertanggungjawab dalam pemasangan Little Boy, Kapten Tentera Laut A.S., William S. Parsons, memutuskan untuk menangguhkan bahagian akhir pembinaan bom ini hingga saat terakhir.

pemasangan little boy

little boy bom atom 2

little boy bom atom 3

Dia bimbang akan berlaku ledakan tidak sengaja disebabkan oleh litar pintas elektrik boleh menyebabkan kegagalan yang dahsyat.

Berat Little Boy mencecah 4,400 kilogram dan berukuran panjang 3 meter dengan diameter 70 sentimeter.

Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, bom ini setinggi gelung bola keranjang, berat seperti sebuah kereta dengan kelebaran seperti panjang tangan manusia dewasa.

Dimuatkan pada pesawat pengebom B-29

pesawat pengebom b 29 enola gay

Little Boy diterbangkan menggunakan Enola Gay, pesawat pengebom B-29 yang dilengkapi khas, diketuai oleh Kolonel Paul Tibbets. Kerana tahap kerahsiaan projek itu, kebanyakan anak kapal pesawat itu tidak tahu apa yang bakal mereka saksikan.

Pada jam 8:15 pagi waktu tempatan pada 6 Ogos 1945, Little Boy dijatuhkan selama 57 saat menuju ke Hiroshima.

Bom tersebut meletup pada jarak 580 meter di atas bandar menggunakan jam masa. Peranti peledak memberikan masa kepada Enola Gay dan pengiringnya untuk melarikan diri dari letupan, yang membolehkan krewnya mengambil gambar.

little boy diangkat ke enola gay

Little Boy meletup dengan kekuatan 15,000 tan TNT, manakala gelombang kejutan dan badai yang menyusul kemudian membunuh 80,000 orang dengan serta-merta.

Apa yang lebih menakjubkan dan menakutkan dalam masa yang sama, kemusnahan dahsyat yang telah meranapkan Hiroshima itu berlaku walaupun hanya 1.38% daripada uranium yang terkandung dalam Little Boy sahaja meletup

Dan walaupun ia menyebabkan kehancuran yang amat teruk dan korban yang sangat tinggi dalam sekelip mata, namun pengeboman Hiroshima bukanlah serangan pengeboman paling dahsyat dalam Perang Dunia II.

gambar dari udara sejurus selepas little boy meletup di atas bandar hiroshima pada tahun 1945

Satu serbuan pengeboman besar ke Tokyo dari 9 hingga 10 Mac 1945, menyaksikan lebih daripada 100,000 orang terbunuh dan sejuta yang lain cedera ketika Operation Meetinghouse apabila lebih daripada 1,700 tan bom jatuh ke ibu kota Jepun.

Di sebalik semua angka ini terdapat satu kebenaran yang mengerikan: manusia berubah selamanya berikutan ledakan bom Little Boy.

Rujukan:

1. Chicago Tribune

2. Manhattan Project

3. Atomic Heritage




Hakcipta iluminasi.com (2017)