merokok membunuh 981

DNA yang paling rapat antara satu sama lain adalah adik beradik kembar seiras, tetapi itu hanyalah dari segi tubuh badan dan rupa bentuk dan mereka masih terpisah oleh perbezaan, iaitu pilihan hidup. Jika pakar-pakar ingin menguji kesan perbezaan pemakanan, pengaruh bahan kimia atau pencemaran yang dialami oleh seseorang itu, kembar seiras adalah pilihan yang paling sesuai kerana persamaan dari segi tubuh badan dan genetik. Dan kesan kepada badan yang paling ketara hendak dibicarakan antara kembar seiras adalah kesan daripada merokok.

rokok membunuh 2

University of Colorado menjelaskan bahawa bagaimana seseorang itu berhenti merokok dipengaruhi oleh faktor genetik. Mereka yang lebih beremosi lebih sukar untuk berhenti, dan disebabkan emosi yang tidak terkawal itulah yang menyebabkan mereka merokok pada awalnya. Dan jika kenyataan ini benar, maka pastinya terdapat perbezaan yang amat ketara di antara kembar seiras yang merokok dan yang tidak.

iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda perbezaan terhadap kembar seiras yang merokok dan yang tidak merokok, diletakkan sebelah antara satu sama lain bagi melihat kesan merokok kepada tubuh badan, terutamanya kepada raut wajah. Cuba teka kembar yang mana satu yang merokok dan yang mana yang tidak merokok.

Kembar #1

kembar merokok

Jika dilihat pada gambar ini, yang mana satukah yang merokok? Jawapannya, kedua-duanya merokok, tetapi kembar di sebelah kanan merokok 14 tahun lebih lama daripada kembar di sebelah kiri. Terdapat perbezaan ketara pada bahagian pipi bawah dan dagu kembar kanan yang mana strukturnya lebih kendur dan berkedut. Juga lehernya juga kelihatan lebih kendur dan lembik berbanding kembar kiri serta kelihatan lebih tua.

Kembar #2

kembar merokok 2

Sama seperti kembar pertama, pasangan kembar kedua ini juga kedua-duanya merokok. Tetapi yang mana lebih lama? Mudah untuk membezakannya kan? Hanya lihat pada eyebag kembar di sebelah kiri yang terserlah berbanding kembar kanan. Juga disekeliling bibirnya terdapat garis-garis yang lebih jelas. Kembar di sebelah kiri merokok 17 tahun lebih dari kembar di sebelah kanan. 

Kembar #3

kembar merokok 3

Tak perlu ditanya lagi, amat jelas bagi perbandingan ini. Kembar sebelah kanan kelihatan jauh lebih tua daripada kembar sebelah kiri. Terdapat kedutan yang terserlah pada wajah kembar kanan, serta kulit yang penuh dengan bintik. Kembar sebelah kanan merokok selama 16 tahun. Vitamin A dalam badan akan berkurangan disebabkan merokok lantas membuatkan kulit perokok kelihatan kusam dan kurang sihat.

kembar merokok 3 tepi 2

Juga kembar kanan juga menghabiskan masa terkena pancaran cahaya matarahi yang boleh menyebabkan penuaan kulit.

Kembar #4

kembar merokok 4 39

jarak dekat

Satu lagi perbandingan yang amat ketara dan jelas. Perokok adalah kembar di sebelah kanan. Perhatikan kedutan teruk pada dahinya serta eyebag yang agak teruk. Kembar di sebelah kiri tidak pernah merokok manakala kembar sebelah kanan menghabiskan separuh kotak rokok sehari untuk jangka masa 14 tahun. 

Jadi, di sini kita boleh membuat konklusi bahawa merokok menyebabkan kulit terutama pada wajah cepat menua, lebih berkedut, juga kendur. Kesihatan luaran dicerminkan oleh kesihatan dalaman badan kita yang mana perokok tegar biasanya mempunyai kesihatan dalaman yang kurang baik. Kesan nikotin dan bahan kimia yang terkandung di dalam tembakau rokok (karsinogen) menyebabkan rosaknya sel-sel pada paru-paru. 

bahan dalam rokok

Jika anda seorang perokok tegar dan tertanya-tanya mengapa kulit wajah anda berkedut dan tidak sihat, jawapannya adalah daripada tabiat rokok anda. Jika anda masih merokok, anda perlu lebihkan sayuran dan vitamin A dalam diet anda untuk memperbaiki kerosakan yang disebabkan oleh karsinogen.

detox

Termasuk lebih banyak makanan berasaskan tumbuhan nutrien-padat juga akan membantu mereka untuk berhenti kerana alkali badan mereka dan keupayaannya untuk menyahtoksifikasi meningkat. Pengambilan diet berasaskan tumbuhan yang penuh dengan nutrien dapat membantu badan mengalkali dan meningkatkan keupayaan menyahtoksik, lantas dapat membantu perokok untuk berhenti.

Semoga berjaya!

Rujukan :

1. Quit Smoking Online

2. Thinking Humanity


tags : , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)