sepasang kembar seiras

(Pasangan kembar)

James 'Jim' Lewis, dari Lima, Ohio, diambil sebagai anak angkat pada tahun 1940, hanya tiga minggu selepas dia dilahirkan. Dia dinamakan James oleh ibu angkatnya dan mempunyai seekor anjing bernama Toy.

Sebagai seorang pelajar sekolah, Jim sangat meminati mata pelajaran matematik dan pertukangan tetapi mengalami masalah dalam mengeja.

Setelah dewasa, dia berkahwin dengan seorang wanita bernama Linda dan pasangan ini kemudiannya bercerai.

Jim bertemu dengan seorang wanita bernama Linda dan seterusnya mereka berkahwin serta dikurniakan dengan seorang anak yang diberi nama James Alan Lewis.

Jim bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan, memandu sebuah kereta Chevrolet dan merupakan seorang perokok tegar.

James 'Jim' Springer, dari Piqua, Ohio, diambil sebagai anak angkat pada tahun 1940, hanya tiga minggu selepas dia dilahirkan.

Dia diberi nama James oleh keluarga angkatnya dan mempunyai seekor anjing bernama Toy. Sebagai seorang pelajar sekolah, dia menggemari mata pelajaran matematik dan pertukangan benci dalam mengeja.

kembar jim

(Pasangan kembar Jim)

Jim kemudiannya berkahwin dengan seorang wanita bernama Linda namun perkahwinan mereka tak kekal lama. Jim kemudiannya berkahwin dengan seorang wanita bernama Betty.

Jim dan Bettu mempunyai seorang anak lelaki bernama James Allan Springer, bekerja sebagai timbalan sheriff, memandu sebuah kereta Chevrolet dan merupakan seorang perokok yang tegar.

Tidak, anda tak salah baca dan penulis juga tidak tersalah menulis. Kedua-dua lelaki yang bernama James atau nama panggilan mereka, Jim, melalui kisah hidup yang sama.

Pada tahun 1979, Jim Lewis bertemu dengan Jim Springer dan kebenaran di sebalik persamaan yang mengejutkan ini terjawab.

Kedua-dua lelaki adalabh pasangan kembar seiras, yang membesar hanya terpisah dengan jarak 72 kilometer di antara satu sama lain dan melalui kehidupan yang hampir-hampir serupa.

Kedua-dua ibu angkat Jim mengetahui bahawa anak-anak mereka mempunyai saudara kembar.

Namun ibu James Springer menyangkakan kembar anaknya telah meninggal dunia manakala ibu Jim Lewis tahu lebih banyak maklumat mengenai pasangan kembar anaknya.

Ketika ibu Jim Lewis bertemu dengan seorang hakim untuk memuktamadkan kertas kerja pengambilan anak angkat, dia terdengar seseorang menyebut "bayi satu lagi" juga diberi nama James.

james springer dan james lewis

(James Springer (kiri) dan James Lewis (kanan))

Berita ini lah yang membawa kepada Jim Lewis untuk mencari kembar seirasnya.

Di usia 39 tahun, Jim Lewis menghubungi mahkamah tersebut yang mempunyai rekod pengambilan anak angkat, kemudian menghubungi keluarga Jim Springer.

Jim Lewis kemudiannya menghubungi Jim Springer dan terus bertanya soalan yanh dinantikan selama ini, "Adakah awak saudara kembar saya?,".

Dipendekkan cerita, kedua-dua Jim bertemu secara peribadi empat hari kemudian.

Ketika bertemu, pasangan kembar ini mendapati bahawa mereka mempunyai masalah kesihatan yang sama iaitu sakit kepala tekanan, mempunyai tabiat menggigit kuku malah menghisap rokok dengan jenama yang sama serta bercuti di pantai yang sama di Florida.

Apabila mendengar mengenai persamaan kisah kembar Jim yang sangat aneh ini, penyelidik di University of Minnesota menjemput pasangan itu untuk datang ke maklam mereka untuk melakukan ujian.

Pasukan penyelidik ini ketika itu sedang menjalankan kajian terhadap pasangan kembar, dengan harapan dapat mengetahui sama ada pemisahan mempunyai peranan dalam perbahasan "sifat semulajadi vs pemupukan" atau "nature vs nurture".

Di antara tahun 1979 dan 1999, pasukan penyelidik ini telah melakukan kajian ke atas 137 pasangan kembar termasuk kembar Jim, yang telah dibesarkan terpisah antara satu sama lain.

jim lewis membincangkan hasil keputusan penyelidikan

(Jim Lewis membincangkan hasil keputusan penyelidikan)

Penyelidikan mereka mencetuskan lebih daripada 170 kajian berasingan yang memberi tumpuan kepada ciri-ciri perubatan dan psikologi kembar.

Sebahagian besar daripada apa yang mereka ketahui berada dalam lingkungan kesan persekitaran terhadap pemeliharaan anak dan faktor genetik sebagai perbandingan.

Walaupun tidak dapat disangkal bahawa kembar Jim sangat serupa dalam pelbagai cara, namun salah seorang daripada mereka telah menyimpang daripada hidup mereka yang serupa sebelum ini.

Jim Lewis baru-baru ini telah menceraikan Betty dan berkahwin sekali lagi dengan seorang wanita bernama Sandy, dengan Jim Springer menjadi pengapitnya.

Dan sehingga kini, masih tiada berita jika Jim Springer mengenali mana-mana wanita bernama Sandy.


tags : , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)