Ramai yang sangat teruja jika terjumpa dengan pasangan kembar Siam, kembar seiras ataupun apa jenis kembar pun. Ini kerana kembar dilihatkan sebagai sesuatu yang luar biasa, walaupun ia kerap berlaku.

Lebih membuatkan kita terkejut dan teruja, jika terserempak dengan kembar lebih daripada dua orang. Di Brazil terdapat sebuah bandar yang diberikan gelaran "Tanah Kembar".

BESARKAN TEKS     A-  A+

Di bandar ini, setiap 1 daripada 10 kelahiran adalah kelahiran kembar atau berganda sehinggakan orang-orang di bandar ini bergurau bahawa seluruh bandar tersebut berada di bawah jagaan Malaikat Kematian Nazi.

Dengan itu, iluminasi.com kongsikan 7 kes kelahiran berganda yang paling unik dan menarik.

7. Jepp Quadruplets

jepp quadruplets

Karen Jepp melahirkan empat bayi perempuan dan kesemua daripada mereka adalah kembar seiras.

Ia adalah salah satu kes paling jarang berlaku di mana semua quadruplets adalah seiras.

Bayi-bayi tersebut dilahirkan dua bulan pramatang namun tiada seorang pun yang mengalami masalah kesihatan dan kini membesar dengan sihat.

6. Dionne Quintuplets

dionne quintuplets

Kes pertama yang melibatkan kelahiran quintuplet di mana kesemua yang dilahirkan kekal hidup dalam peringkat bayi ialah quintuplet Dionne pada tahun 1934.

Mereka dilahirkan secara pramatang, seperti situasi dalam hampir semua kes kelahiran berganda dan kerajaan mengambil kembar ini dalam jagaan mereka.

Ini dilakukan terutamanya supaya bayi-bayi ini tidak dieksploitasi. Bayi-bayi perempuan itu diserahkan kembali kepada ibu bapa mereka pada usia sembilan tahun.

Malangnya, mereka tidak dapat merasakan ikatan kekeluargaan dengan ibu bapa kandung mereka. Hanya dua daripada kembar ini masih hidup, Annette dan Cécile yang kini berusia 84 tahun dan menetap di Kanada.

5. Diligenti Quintruplets

diligenti quintruplets

Fakta yang paling menarik mengenai set quintuplets ini adalah bahawa mereka adalah kembar quintuplet yang paling tua di dunia.

Apabila bayi-bayi ini dilahirkan, ibu bapa mereka cuba menyembunyikan mereka dari pelbagai publisiti yang juga menjadi sebab mengapa setiap bayi didaftarkan di daerah yang berbeza.

Quintuplets ini dilahirkan pada tahun 1943 di Argentina dan kini berusia 64 tahun.

4. Dilley Sextuplets

dilley sextuplets

Kembar sextuplet Dilley merupakan kembar 6 sihat dan bertahan hidup yang pertama dilahirkan di Amerika Syarikat.

Pada mulanya, para doktor hanya mendapati bahawa terdapat 5 degupan jantung sahaja dan langsung tidak tahu bahawa terdapat seorang lagi bayi di dalam rahim ibu.

Bayi terakhir dilahirkan dengan cara pembedahan. Kesemua bayi-bayi tersebut membesar dengan sihat dan masih hidup hingga kini.

3. Kate Gosselin Sextuplets

kate gosselin sextuplets

Pernah tak anda menonton rancangan "John and Kate plus 8?". Ia merupakan rancangan TV realiti berdasarkan sebuah keluarga dengan 10 ahli keluarga.

Kate Gosselin hanya hamil 2 kali seumur hidupnya, dan ia sudah cukup baginya. Pada tahun 2000, Kate dikurniakan sepasang bayi perempuan.

Dia sekali lagi dikurniakan pasangan kembar 4 tahun kemudian pada tahun 2004. Namun, ia agak berbeza kali ini kerana pasangan kembar ini bukanlah 2 bayi, sebaliknya 6 bayi kembar.

Ketika melahirkan, Kate dikelilingi kira-kira 50 orang doktor untuk menyambut bayi-bayinya.

2. McCaughey Septuplets

mccaughey septuplets

Gambar di atas menunjukkan keluarga septuplets pertama yang masih hidup. Kesemua daripada mereka ini dilahirkan pada tahun 1997 dan merupakan hasil dari ubat kesuburan yang membantu ibunya hamil atau boleh dikatakan terlebih hamil.

Keluarga ini tidak berselindung anak-anak mereka dari publisiti sepenuhnya dan ini membolehkan laporan tentang perkembangan mereka dapat dilakukan pada setiap kali ulang tahun mereka.

Perlu diingat bahawa dua daripada kembar ini mempunyai penyakit cerebral palsy dan kesemua mereka dilahirkan ke dunia pra-matang selama 9 minggu.

1. Chukwu Octuplets

chukwu octuplets 565

Mungkin anda tak tahu bahawa terdapat beberapa kes di dunia sahaja yang melibatkan kelahiran octuplet yang berjaya. Kelahiran octuplet pertama yang berjaya di Amerika Syarikat adalah daripada pasangan di Texas.

Puan Chukwu melahirkan bayi perempuan yang merupakan bayi sulung, pada 15 Disember 1998. Doktor berjaya melambatkan kelahiran baki 7 bayi lagi selama 12 hari.

Bayi yang paling kecil di antara semua bayi adalah bayi bongsu, yang hanya seberat 290 gram sahaja. Malangnya, bayi ini meninggal dunia, namun 5 bayi perempuan dan 2 bayi lelaki yang lain menjalani kehidupan yang sihat dan sempurna.




Hakcipta iluminasi.com (2017)