Mempunyai pasangan kembar adalah sesuatu yang sangat unik dan tak dapat digambarkan perasaannya, apatah lagi pasangan kembar seiras.
Pasangan kembar seiras mempunyai rakan karib sejak dari dalam rahim sehinggalah dilahirkan.
Dan di antara mereka ini ada yang mempunyai tahap keserupaan yang hampir 100% sama sehinggakan ada ibu bapa yang tak dapat membezakan.
BESARKAN TEKS A- A+
Banyak kelebihan mempunyai kembar seiras termasuklah dari sudut negatif. iluminasi.com kongsikan 5 kes di mana penjenayah berjaya meloloskan diri daripada hukuman hanya kerana mempunyai kembar seiras.
5. Abbas dan Hassan O
Sepasang kembar yang hanya dikenali sebagai Abbas dan Hassan O (dibawah undang-undang Jerman nama penuh mereka tak boleh disebarkan) telah berjaya meloloskan diri daripada hukuman meskipun salah seorang atau kedua-dua daripada mereka terlibat dalam jenayah rompakan barang kemas.
Pada awal pagi 25 Februari 2009, 3 lelaki memecah masuk ke kedai mewah Kaufhaus Des Westens di Jerman dan melarikan jam tangan serta barang kemas bernilai hampir RM24 juta.
CCTV berjaya merakam ketiga-tiga lelaki tersebut dan salah seorang daripada mereka tertinggal sarung tangan.
Pihak polis kemudiannya mendapatkan sampel DNA daripada sarung tangan itu dan membawa kepada kedua-dua susek kembar Hassan dan Abbas.
Namun pihak polis tidak dapat menentukan sama ada Hassan atau Abbas yang melakukan rompakan tersebut, atau kedua-duanya terlibat.
Rakaman CCTV juga sia-sia kerana perompak-perompak tersebut memakai topeng dan pasangan kembar ini juga tidak mengaku terlibat.
Akhirnya pihak polis terpaksa melepaskan kedua-dua Hassan dan Abbas walaupun barang rompakan tidak dijumpai.
Sebagai penghargaan, pasangan kembar ini mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana melepaskan mereka tanpa sebarang hukuman.
4. Orlando dan Brandon Nembhard
Pada 12 Februari 2011, satu pergaduhan telah berlaku di luar kelab malam di Arizona. Ketika ia tamat, seorang lelaki berusia 19 tahun, Sir Xavier Brooks ditemui mati akibat ditembak.
Sebulan kemudian pihak polis membuat penangkapan terhadap Orlando Nembhard atas tuduhan membunuh. Penyiasatan tersebut dengan pantas menjadi rumit apabila polis menyedari bahawa Orlando mempunyai pasangan kembar seiras bernama Brandon.
Pihak polis juga tidak mempunyai bukti DNA untuk menentukan siapa yang melakukan pembunuhan tersebut. Senjata pembunuhan juga tidak ditemui membuatkan cap jari pembunuh gagal diperoleh dan hanya mempunyai pengenalan visual.
Namun, bukti tersebut tidak dipercayai kerana saksi-saksi tidak dapat menentukan di antara kedua-dua pasangan kembar ini. Ada yang mengatakan Brandon yang membunuh mangsa dan ada juga yang mengatakan Orlando, manakala yang lain hanya berdiam diri.
Hakim yang mengetuai kes ini menyebut ia sebagai tidak dapat disimpulkan dan mengurangkan bon terhadap Orlando darpada RM2 juta kepada RM40,000.
Pembunuh masih tidak diketahui, kedu-duanya terlepas walaupun Orlando pernah ditangkap atas jenayah rompakan dan memiliki ganja, manakala Brandon tidak mempunyai rekod jenayah.
3. Charles dan George Finn
Charles dan George Finn berkhidmat untuk Angkatan Tentera Udara Amerika Syarikat ketika Perang Dunia Kedua. George berkhidmat sebagai pengajar penerbangan manakala Charge pula sebagao juruterbang pesawat pengebom B-17.
Pada tahun 1952, pasangan kembar ini membeli pesawat C-46 era Perang Dunia Kedua dari sebuah sekolah di daerah Bakersfield dengan niat untuk mengubahnya bagi digunakan dalam syarikat penerbangan baru mereka.
Kerajaan AS menghalang pembelian itu kerana sekolah daerah tidak dibenarkan menjual pesawat itu. Pasangan kembar ini enggan memulangkan pesawat itu dan salah seorang daripada mereka menerbangkan pesawat tersebut ke padang pasir di Nevada bertujuan menyembunyikannya.
Pihak FBI kemudiannya berjaya menjejaki pesawat itu dan menangkap mereka. Namun begitu, kes itu tidak dibicarakan kerana saksi tidak dapat mengenal pasti sama ada Charles atau George yang menerbangkan dan menyembunyikan pesawat itu.
2. Darrin dan Damien Fernandez
Pada tahun 2001, pihak polis telah menahan Darrin Fernandez kerana memecah masuk rumah seorang wanita di Dorchester, Boston.
Wanita tersebut terjaga ketika insiden berlaku dan mendengar bunyi tingkap pecah, lalu menghubungi polis. Sejurus kemudian polis tiba dan memberkas Darrin yang sedang cuba melarikan diri.
Darrin tidak mencederakan wanita tersebut sebaliknya dia tercedera ketika memecah masuk.
Polis menyemak hasil ujian DNA Darrin ke dalam pangkalan data mereka dan mendapati bahawa ia bersesuaian dengan kes rogol yang dilakukan di kawasan tersebut.
Dalam kedua-dua kes rogol itu, seorang lelaki telah memecah masuk ke rumah wanita dan merogol.
Namun, penyiasatan itu menemui jalan buntu apabila mereka mendapati bahawa Darrin mempunyai pasangan kembar seiras bernama Damien, yang mungkin melakukan satu atau kedua-dua jenayah rogol itu, dan bukannya Darrin.
Pihak polis dapat menentukan Darrin adalah perogol dalam kes pertama kerana mangsa mengecam tatunya dengan tepat. Namun kes kedua tidak dapat diselesaikan walaupun Darrin dibicarakan sebanyak dua kali.
Dalam perbicaraan pertama, penyiasat cuba untuk menuduh Darrin dengan mendakwa dia berada di kawasan sekitar ketika jenayah itu dilakukan.
Namun ia tidak berjaya kerana mereka tidak dapat membuktikan bahawa Damien tidak berada di kawasan itu. Kes tersebut harus dimulakan semula untuk mendapatkan pengadilan.
1. R. Sathis Raj dan R. Sabarish Raj
Pada tahun 2003, Polis Diraja Malaysia telah memberkas salah seorang daripada kembas R. Sathis Raj dan R. Sabarish Raj atas dakwaan pemilikian 166 kilogram ganja dan 1.7 kilogram candu mentah.
Salah seorang daripada pasangan kembar ini telah ditangkap ketika membawa dadah tersebut ke sebuah rumah di Petaling Jaya. Sejurus kemudian, seorang lagi daripada mereka sampai di rumah tersebut dan juga ditangkap.
Hakim Zaharah Ibrahim mengatakan kes ini sebagai unik kerana mereka kelihatan sangat seiras, termasuk DNA yang serupa membuatkan sukar untuk membezakan di antara satu sama lain.
Salah seorang daripada anggota polis yang menahan dalam kejadian tersebut, Koperal Mohamad Sidek pada mulanya tidak dapat mengenal pasti namun kemudiannya meminta kedua-dua mereka untuk berdiri dan berkata terdapat perbezaan pada ketinggian.
Walau bagaimanapun, dia mengenal pasti kembar pertama sebagai yang memakai cermin mata.
Salah seorang daripada tertuduh sepatutnya dipanggil untuk membela diri namun persoalannya, kembar yang mana satu kerana hasil ujian DNA pun tak dapat digunakan untuk mengenalpasti.
Pada hari kejadian, kedua-dua mereka tidak memakai cermin mata, jika tidak ia boleh digunakan berdasarkan kenyataan Koperal Mohamad Sidek untuk mengenalpasti kembar pertama.
Kedua-dua mereka juga tidak membuat sebarang pengakuan.
Hakim Zaharah berkata salah seorang daripada mereka sememangnya memiliki dadah tersebut, namun beliau tidak mampu untuk menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap individu yang tidak bersalah.
Kedua-dua R. Sathis Raj dan R. Sabarish Raj terlepas daripada hukuman gantung sampai mati. Selepas keputusan dibuat pasangan kembar itu memeluk sesama sendiri sambil menangis.
Rujukan: