Penguasaan Nazi suatu ketika dahulu sentiasa diingati sebagai sejarah hitam berkaitan peristiwa pembunuhan beramai-ramai dan penghapusan etnik. Malah, ketika inilah wujud penciptaan senjata-senjata berbahaya dan perilaku tanpa kemanusiaan mereka menjalankan pelbagai eksperimen kejam terhadap manusia yang tidak bersalah.

Walau bagaimanapun, tahukah anda bahawa penguasaan Nazi juga sebenarnya mempunyai beberapa kesan dan implikasi kepada dunia fesyen pada ketika itu? Malah, pada zaman pemerintahan Nazi inilah telah wujudnya beberapa jenama pereka fesyen yang popular sehingga ke hari ini.

1. Penekanan kepada kepentingan mempunyai pakaian seragam yang kemas

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pemimpin senior Nazi, Joseph Goebbels percaya bahawa pakaian boleh melambangkan pengaruh dan kekuasaan seseorangan. Beliau percaya bahawa pakaian juga boleh menampakkan seseorang itu lebih tinggi dan bertubuh sasa, lalu mewujudkan perasaan ketakutan dalam diri pihak musuh.

Joseph Goebbels juga merupakan seseorang yang mementingkan penampilannya. Terdapat dakwaan yang mengatakan beliau memiliki begitu banyak koleksi pakaian seragam sehinggakan setiap pakaiannya hanya perlu dipakai sekali dalam setahun. Joseph Goebbels merupakan individu yang bertanggungjawab mengubah penampilan askar Nazi agar mempunyai pakaian seragam yang lebih kemas.

2. Kewujudan jenama mewah Chanel

chanel 251

Ketika pasukan Nazi yang diketuai Hitler mula menyerang Eropah, Gabrielle Bonheur Chanel atau lebih dikenali sebagai Coco Chanel sudahpun terkenal sebagai seorang pereka fesyen yang dihormati. Sekiranya anda tidak tahu, wanita ini merupakan pengasas jenama mewah Chanel yang begitu sinonim dengan wanita pada masa kini.

Sewaktu penguasaan Nazi, beliau bertindak bijak dengan tidak memberikan penentangan sebaliknya telah bekerjasama dengan Nazi sebagai pengintip mereka. Kerjasamanya dengan pihak Nazi Jerman ini memberikan beliau platform untuk terus mengembangkan lagi perniagaan dan jenamanya ini.

Peranannya sebagai seorang pengintip ini merupakan pendedahan mengejutkan yang telah dimuatkan dalam buku biografinya yang bertajuk Sleeping With the Enemy: Coco Chanel, Nazi Agent.

3. Kewujudan jenama mewah Hugo Boss

hugo boss 493

Pemimpin senior Nazi, Joseph Goebbels merupakan individu yang bertanggungjawab mencetuskan idea pakaian seragam Nazi bagi skuad elit Nazi yang dikenali sebagai Schutzstaffel atau singkatannya SS. Pakai seragam berwarna hitam dan topi dengan lambang tengkorak sudah cukup menimbulkan gerun kepada pihak musuh.

Tahukah anda bahawa pakaian khas ini telah dihasilkan oleh Hugo Boss dan stafnya atas arahan Joseph Goebbels. Malah, penghasilan pakaian ini juga dikatakan menggunakan khidmat buruh paksa. Jenama Hugo Boss merupakan sebuah jenama premium pada masa kini dan mereka telah membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menggunakan buruh paksa sewaktu era Perang Dunia Kedua. 

4. Kewujudan jenama mewah Dior

christian dior 30

Jenama Dior sememangnya sinonim dengan wanita yang mempunyai citarasa premium. Tahukah anda, jenama ini sebenarnya diasaskan oleh seorang lelaki bernama Christian Dior? Walaupun kakaknya telah ditangkap kerana membuat penentangan terhadap Nazi, beliau sebaliknya telah bekerja untuk Nazi dengan menghasilkan pakaian untuk isteri-isteri golongan tertinggi Nazi.

Walaupun tindakannya ini dianggap sebagai pembelot, beliau mendakwa tindakannya itu adalah bagi memastikan fesyen Perancis terus terpelihara. Sebelum Perang Dunia Kedua, beliau bekerja di bawah Lucien Lelong. Menyedari peluang yang ada bersama Nazi, beliau telah bertindak menubuhkan jenamanya sendiri yang masih wujud sehingga ke hari ini.

5. Perkembangan jenama Louis Vuitton

louis vuitton 753

Jenama Louis Vuitton merupakan jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi terutamanya dalam penghasilan beg tangan wanita yang ikonik dan mewah. Apabila Nazi menyerang Perancis pada tahun 1940, hampir kesemua jenama lain terpaksa menutup kedai dan gulung tikar.

Hanya jenama Louis Vuitton dikecualikan malah jenama ini merupakan satu-satunya jenama yang dibenarkan beroperasi di Hotel du Parc, salah satu tempat tumpuan pegawai kerajaan pada ketika itu. Pengecualian ini diberikan selepas jenama ini secara terbuka setuju untuk bekerjasama dengan Nazi.

Selepas perang, boleh dikatakan jenama ini mendominasi pasaran fesyen setelah kebanyakan pesaingnya gulung tikar. Populariti jenama ini mungkin tidak sehebat sekarang sekiranya pesaing-pesaingnya dulu masih wujud.

Kredit:

  1. BBC
  2. The Guardian
  3. Biography.com



Hakcipta iluminasi.com (2017)