Wanita tidak dapat dipisahkan dengan kecantikan dan keindahan. Ianya lumrah wanita menyukai keindahan dan mereka cenderung untuk sentiasa kelihatan cantik, lebih daripada lelaki. Sama ada ianya untuk menarik perhatian lelaki, atau untuk kepuasan diri sendiri, mereka sanggup menghabiskan wang ringgit untuk tujuan ini.

Bersolek, memakai pakaian yang menarik, malah juga sekecil-kecil perkara seperti mengilatkan kuku. Kebiasaannya wanita mengilatkan kuku mereka untuk kelihatan lebih menarik dan berani. Daripada gadis remaja sekolah sehinggalah wanita dewasa, boleh dikatakan ramai di antara mereka yang mengenakan pengilat kuku. Lebih-lebih lagi zaman ini terdapat pelbagai jenis dan warna di pasaran, dan dijual pada harga yang sangat murah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

15425213914 6de81fe893 b nail polish

Namun, tanpa mereka sedari, pengilat kuku ini sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan yang serius. Walau wanita yang peka terhadap kesihatan sekalipun gagal mengetahui bahawa pengilat kuku boleh memberikan kesan buruk kepada diri mereka. Mengikut kajian terkini, kebanyakan pengilat kuku yang popular adalah lebih bahaya daripada yang mereka sangkakan. 

Penyelidik baru-baru ini membuat ujian tanda-tanda toksin kimia pada 24 orang wanita yang mengambil bahagian. Mereka menjumpai bukti toksin dalam setiap badan wanita tersebut. Apakah sumber bahan-bahan kimia ini? Ia adalah dari pengilat kuku.

Keputusan ditunjukkan selepas 10 jam mengenakan pengilat kuku, 100% daripada mereka menunjukkan tanda bahan kimia "triphenyl phosphate". Petanda muktamad ini adalah sangat menakjubkan, dan ia juga sangat membimbangkan. 

bahan kimia berbahaya 109

Dalam kajian follow-up, penyelidik yang sama menguji 10 jenis pengilat kuku untuk bahan triphenyl phosphate. Amat mengejutkan, mereka menemuinya terkandung dalam 8 daripada 10 pengilat kuku tersebut. 2 daripada pengilat kuku yang diuji positif untuk bahan kimia tersebut tidak memaparkan bahan tersebut pada labelnya. Ini bermakna 20% daripada pengilat kuku yang mengandungi bahan kimia berbahaya ini tidak dipaparkan pada label. 

Malah, ada pengilat kuku yang disarankan sebagai "eco-friendly" juga mengandungi bahan kimia berbahaya ini. Bayangkan, tangan yang menyuap makanan ke mulut anda, atau mulut anak-anak anda, mempunyai bahan kimia yang sangat bahaya. Ia seolah-olah anda menyuapkan racun ke dalam badan anda tanpa anda sedari. 

Apakah bahan kimia triphenyl phosphate?

triphenyl phosphate

Satu daripada kebimbangan terbesar mengenai triphenyl phospahte (TPHP) adalah ia boleh mengganggu sistem endocrin, yang mana mengawal kesemua hormon dalam badan kita. Ketua penyelidik, Dr. Heather Stapleton, menyuarakan kerisauannya, berkata "Terdapat bukti-bukti yang menunjukkan bahawa TPHP boleh menjejaskan pengawalan hormon, metabolisma, pembiakan dan pertumbuhan,".

Ia amat berbahaya khususnya kepada gadis remaja yang masih muda, yang menggunakan pengilat kuku dengan kerap. Ini kerana, ketika fasa remaja, perkembangan hormon sihat dalam badan mereka adalah sangat penting untuk pertumbuhan mereka. Walaubagaimanapun, TPHP juga memberikan kesan serius pada kesihatan, kepada sesiapa sahaja yang terdedah dengannya.

berbahaya kepada mereka yang terdedah 50

Kajian pada haiwan juga menunjukkan kesan kepada sistem endokrin dan pembiakan, pada dos yang rendah

Ia juga boleh diketahui boleh menyebabkan neurotoksin (kesan kepada perkembangan), toksin endokrin, toksin pembiakan, dan juga kerengsaan serta alahan pada kulit.

Ancaman kesihatan yang lain :

1. Formaldehid. Formaldehid adalah karsinogen yang terkenal yang boleh larut dalam air dan juga udara (bau pada pengilat kuku yang sangat kuat). Terdedah kepada bahan kimia ini juga boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti gatal tekak, asma, dan kesukaran bernafas. Mereka yang mempunyai penyakit kronik terutamanya, amat terdedah untuk mengalami keracunan daripada formaldehid.

2. Toluene. Bahan kimia ini boleh menjejaskan perkembangan pada kanak-kanak (beberapa saintis menemui kesan dalam susu ibu!). Tambahan lagi, ia boleh menyebabkan kegatalan jika terkena pada kulit. 

3. Dibutyl Phthalate. Sesetengah pengilat kuku menggantikan TPHP dengan dibutyl phthalate, namun ia masih tidak baik untuk kesihatan. Malah, ia memberikan risiko kesihatan yang sama seperti gangguan hormon dan toksin kepada sistem pembiakan.

nail bottles 680

Alternatif kepada pengilat kuku

Walaupun kebanyakkannya berbahaya, nasib baik, ada syarikat yang memberikan respon kepada pembuatan pengilat kuku menggunakan bahan kimia berbahaya ini. Terdapat pilihan alternatif yang semula jadi yang tidak menyebabkan risiko alahan, kanser dan gangguan hormon. Antaranya adalah :

1. Honeybee Gardens, mempunyai pengilat kuku yang semulajadi serta pelbagai warna. Ia berasaskan air dan mudah dicuci tanpa perlu menggunakan pencuci beralkohol, dan tidak mengandungi kesan kimia berbahaya atau karcinogen.

2. Acquarella mempunyai lebih daripada 50 jenis warna. Ia juga berasaskan air, dan tidak mengandungi formaldehid, toluene, dibutyl phthalate dan merkuri.

Jadi kepada wanita di luar sana, berdandanlah dengan bijak dan selamat. Amatlah tidak berbaloi untuk membahayakan kesihatan diri dalam masa jangka yang panjang, hanya untuk kelihatan cantik untuk jangka masa yang pendek. Malah, ia bukan sahaja melibatkan diri anda sahaja, ia juga melibatkan mereka yang terdedah kepada mereka yang rapat dengan anda.

sumbr rujukan : 1. Chicago Tribune

                          2. EWG




Hakcipta iluminasi.com (2017)