penghapusan kutipan tol beri kesan positif terhadap ekonomi 386

Kredit foto: Wikimedia Commons

Kementerian Kewangan berpanĀ­dangĀ­an bahawa pemansuhan kutipan tol boleh dijalankan oleh kerajaan Pakatan Harapan, tetapi ia harus dilaksanakan secara berperingkat dengan mengambil kira kedudukan kewangan negara.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah, pemansuhan kutipan tol turut berupaya mendatangkan kesan positif ke atas ekonomi negara.

Sehubungan itu, pemansuhan tol tersebut dikatakan boleh menurunkan kos harga barangan kerana peningkatan harga barangan juga dipengaruhi oleh kos tol yang harus ditanggung oleh peniaga.

Tambahnya, sekiranya dilaksanakan, ia harus menekankan kepada jalan bertol yang tidak mempunyai laluan alternatif.

Sumber:

1. Facebook Channel W

2. Facebook Bernama

3. Facebook Front Desk

4. Facebook Malaysiakini (BM Version)

Penafian: Semua maklumat berita di atas adalah hak milik sumber yang dinyatakan. Pihak kami hanya berkongsi kandungan yang dikemaskini menerusi media sosial sumber berkenaan. 


tags : , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)