gst dimansuhkan 1 jun ini penjelasan sebenar kementerian kewangan

 

Penularan siaran media berhubung kenyataan bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan berkuat-kuasa pada 1 Jun 2018 menggunakan nama Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) disahkan sebagai palsu.

MOF dalam sebuah kenyataan semalam menafikan dakwaan yang didapati menyalahgunakan nama kementerian berkenaan. Sehingga kini, kerajaan masih belum menetapkan sebarang tarikh pemansuhan cukai terbabit.

Justeru, semua peniaga yang berdaftar dengan GST masih perlu mematuhi perundangan semasa dengan mengguna pakai GST sehingga pengumuman rasmi dibuat.

gst dimansuhkan 1 jun ikuti penjelasan sebenar kementerian kewangan 2

Kredit foto: Facebook Kementerian Kewangan Malaysia

Kenyataan media palsu tentang pemansuhan GST yang tular di laman sosial dan aplikasi Whatsapp itu juga menyebut cukai baru tidak akan dikenakan sepanjang dua tahun pertama pentadbiran Pakatan Harapan. 

Selain itu, berita tersebut didakwa sebagai hadiah Hari Raya Aidilfitri daripada Kerajaan Persekutuan susulan kemenangan Pakatan Harapan menerusi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lepas.

gst dimansuhkan 1 jun ikuti penjelasan sebenar kementerian kewangan 1

Kredit foto: Facebook Kementerian Kewangan Malaysia

Sumber:

1. Facebook Buletin TV3

2. Facebook BNBBC

3. Facebook Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar - NRE

4. Facebook Kedahnews.com


tags : , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)