Oleh pada 30 Jan 2018 kategori

Sumber foto: Utusan Online / Fariz Rusadio

Pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) yang menghala ke Kuala Selangor diharap supaya menggunakan laluan alternatif untuk menghindarkan berlakunya kesesakan berikutan sambutan perayaan Thaipusam esok.

Menurut Latar dalam sebuah kenyataan, pihaknya meramalkan aliran trafik bakal bergerak perlahan menghala ke pekan Kuala Selangor di laluan Jalan Sungai Buloh–Kuala Selangor (FT 54) selepas susur keluar persimpangan Ijok menghala ke Kuil Sri Subramaniar Swamy di Kuala Selangor.

Turut diterangkan ialah agenda kemuncak sambutan berkenaan diramal bermula jam 9 pagi hingga 12.00 tengah hari.

“Pengguna boleh melalui laluan alternatif dengan menggunakan Jalan Saga, Ijok. Jalan Saga terletak hanya 800 meter dari susur keluar Lebuhraya Latar ke Kuala Selangor arah ke Sungai Buloh.

“Jalan Saga–Jalan Rawang melalui Kampung Kuantan dan Kampung Sepakat terus menuju ke Kuala Selangor. Laluan ini adalah laluan alternatif ke Kuala Selangor tanpa melalui Simpang Tiga Assam Jawa,” kata kenyataan itu semalam.

Pihak Latar turut menasihatkan supaya semua pengguna mengatur perjalanan dan menggunakan laluan alternatif untuk menghindarkan kesesakan ketika sambutan Thaipusam di Kuil Sri Shakti Dhevasthanam.

Pihak polis trafik juga akan memudahkan pengguna jalan raya demi membenarkan kelicinan perjalanan lalu lintas.

pelan laluan alternatif pengguna lebuhraya latar sempena thaipusam

Sumber berita: Utusan Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)