Oleh pada 02 Feb 2018 kategori

Sumber foto: Fail The Malaysian Insight

Seramai 4 lelaki yang ditangkap polis berkaitan kejadian letupan mercun berhampiran Kuil Dewa Subramaniya Swami di Sungai Petani malam tadi telah direman selama 4 hari.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid menerusi sebuah kenyataan hari ini, 4 lelaki berusia antara 25 hingga 34 tahun tersebut direman bermula hari ini hingga Isnin hadapan.

Insiden yang berlaku pukul 8.30 malam itu menyaksikan sejumlah 26 orang cedera semasa perarakan Thaipusam yang berlangsung berhampiran kuil. Ia membabitkan 14 lelaki dan 12 wanita berumur antara 5 hingga 59 tahun.

4 daripada mereka dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani bagi menerima rawatan lanjut. Mangsa yang lain pula dirawat sebagai pesakit luar. 

Sebelum ini, Saifi memberitahu pihak polis menangkap 4 lelaki berkenaan sekitar pukul 12 tengah malam tadi untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 Akta Bahan-Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. 

Sumber berita: Bernama & Kosmo Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)