Oleh pada 24 May 2018 kategori

Kredit foto: Facebook Azeez Rahim [1, 2] (Gambar tiada kaitan dengan berita ini)

Lembaga Tabung Haji mengesahkan telah menerima surat peletakan jawatan pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, semalam.

Menurut kenyataan Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan Lembaga Tabung Haji hari ini, Abdul Azeez dilantik sebagai Anggota Lembaga Pengarah Tabung Haji pada tahun 2011 sebelum dilantik menjadi Pengerusi Tabung Haji pada 1 Julai 2013.

Surat peletakan jawatan itu dihantar kepada bahagian perundangan Tabung Haji pada 14 Mei lalu iaitu beberapa hari selepas kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya umum lalu.

Sehubungan itu, Lembaga Tabung Haji juga menyatakan penghargaan kepada Abdul Azeez terhadap jasa beliau sebelum ini.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan merampas wang tunai hampir RM500,000, lebih 20 jam tangan dan lebih 20 mata wang asing dengan nilai tukaran kira-kira RM1.2 juta dalam serbuan di pejabatnya di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dan dua kediamannya di Baling, Kedah dan Subang, Selangor.

Menurut Anggota Majlis Tertinggi UMNO itu, sebahagian wang tunai tersebut adalah untuk digunakan bagi misi ke Gaza, Palestin serta peruntukan milik UMNO Bahagian Baling untuk diberikan kepada rakyat sempena bulan Ramadhan dan Syawal.

Sumber:

1. Facebook Bernama Radio

2. Facebook Astro Awani

3. Facebook Front Desk [1, 2, 3]

4. Facebook Utusan Online

5. Facebook Berita Harian Online

6. Facebook Malaysiakini

7. Facebook Harian Metro

8. Facebook Sinar Harian

9. Facebook Berita Mediacorp

10. Facebook Berita TV9

11. Facebook Free Malaysia Today

12. Facebook BNBBC

Penafian: Semua maklumat berita adalah hak milik sumber yang dinyatakan. Kami hanya berkongsi sebahagian kandungan yang dikemaskini menerusi media sosial sumber berkenaan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)