Oleh pada 25 Sep 2017 kategori

Pembayar cukai di Britain membayar jutaan pound sterling setiap tahun untuk urusan rasmi kaum kerabat diraja negara itu. Selain harta peribadi dan pendapatan individu, permaisuri England juga menerima anugerah geran diraja daripada kerajaan setiap tahun untuk menjalankan urusan rasmi.

Menurut Laporan Tahunan Geran Diraja, pada tahun ini, ratu England menerima kenaikan bayaran pendapatan sebanyak 78% iaitu naik daripada £42.8 juta menjadi £76.1 juta.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Disebabkan bayaran geran ini merangkumi pembiayaan urusan rasmi, permaisuri tidak dikenakan sebarang cukai. Walau bagaimanapun, permaisuri Elizabeth secara sukarela membayar cukai sejak tahun 1992.

Walaupun begitu, pembayaran geran berdaulat ini dijangka akan meningkat naik dari tahun ke tahun kerana Istana Buckingham amat memerlukan kerja pembaikan yang serius. Ini disebabkan pendawaian elektrik, sistem perpaipan dan sistem unit pemanasannya sudah terlalu uzur dan memerlukan banyak kerja baik pulih.

1. Pengubahsuaian (£19.7 juta)

Kenaikan jumlah geran ini banyak dihabiskan untuk membaik pulih bangunan istana. Setiap proses pengubahsuaian juga bukanlah seperti mengubahsuai kediaman golongan marhaen.

Lebih daripada seminggu diperlukan untuk melindungi dan memulihara koleksi seni diraja yang bersejarah dan juga barangan bersejarah lain di dalam bangunan yang mempunyai 775 bilik itu.

kos perbelanjaan istana ratu england kerabat diraja britain kos pengubahsuaian

Kerja membaiki struktur siling yang rosak sahaja menelan belanja sekitar £1.3 juta manakala £1.2 juta lagi digunakan untuk menggantikan pintu yang telah rosak di Istana Windsor.

Dianggarkan modal keseluruhan yang diperlukan untuk merombak semula binaan istana dalam tempoh 10 tahun yang akan datang adalah sekitar £369 juta.

2. Penyelenggaraan (£4.6 juta)

Sebahagian besar perbelanjaan kerabat diraja ini merupakan bayaran penyelenggaraan umum yang meliputi keseluruhan bidang tanah. Ini termasuklah kos membersihkan longkang, membaiki bumbung, menggantikan mentol dan membuang sampah.

kos perbelanjaan istana ratu england kerabat diraja britain

Antara projek kecil lain di bawah kos ini adalah seperti menurap semula jalan di Istana Kensington dan membaik pulih pagar besi di Istana Windsor.

3. Kos pengangkutan (£5.4 juta)

Pembayar cukai di Britain juga perlu menanggung kesemua kos perjalanan atas urusan rasmi mana-mana ahli kerabat diraja ini. Kebiasaannya, ahli keluarga yang lebih muda lebih gemar menggunakan helikopter dan pesawat peribadi apabila ingin ke sesuatu tempat.

Pada tahun 2014, keluarga diraja ini telah membeli sebuah helikopter mewah bernilai £8 juta yang boleh membawa sehingga 9 orang penumpang.

kos perbelanjaan istana ratu england kerabat diraja britain kos perjalanan

Walaupun Putera Charles, Putera Harry dan ahli keluarga yang lain suka menaiki kenderaan udara, namun Ratu Elizabeth dan Duke of Edinburgh lebih gemar menaiki kereta api sahaja. Kos perjalanan menaiki kereta api bagi keluarga diraja ini adalah sekitar £800,000 tahun lepas dan dijangka mencecah hingga £900,000 bagi tahun 2017.

4. Kos-kos lain

  • Gaji dan elaun pekerja istana (£20.3 juta)
  • Simpanan rizab (£4.8 juta)
  • Perbelanjaan perjalanan (£4.5 juta)
  • Bil dan utiliti (£3.1 juta)
  • Alat tulis (£1 juta)
  • Makanan dan minuman (£1.5 juta)
  • Kerja pembersihan dan dobi (£700,000)

kos perbelanjaan istana ratu england kerabat diraja britain kos pembersihan

Bila kita baca perbelanjaan ini rasa macam tak masuk akal kan. Tapi menurut salah seorang pegawai kerajaan, jumlah keseluruhan pembiayaan geran ini amat munasabah kerana ia hanyalah bersamaan kutipan cukai sebanyak £0.65 (RM3.69) sahaja daripada setiap rakyat.

Kalau anda dapat duit elaun sebanyak itu, anda nak buat apa?

Rujukan: 

1. BBC

2. Royal UK

3. CNN




Hakcipta iluminasi.com (2017)