rampasan di pavilion residences 433 jam tangan rm80 juta disita

Kredit foto: Facebook Buletin TV3

Sejumlah 433 utas jam tangan mewah bernilai sekitar RM80 juta dilaporkan ditemui dalam 37 beg menerusi sebuah rampasan di Pavilion Residences.

Menurut laporan China Press, harga keseluruhan jam tangan dianggarkan lebih RM80 juta, termasuk seutas jam tangan berjenama Rolex bernilai RM3.5 juta dan seutas jam tangan berjenama Cecil Purnell berharga RM1.2 juta.

Terdahulu, wang berjumlah RM114 juta ditemui dalam 35 beg tangan berjenama yang dirampas dari Pavilion Residences, 25 Mei lalu berkaitan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selain itu, sejumlah 284 kotak dan 72 bagasi mengandungi wang tunai, beg berjenama dan barangan bernilai dirampas menerusi sebuah operasi penggeledahan di kondomiminum mewah milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, sejak malam 16 Mei lalu.

Sumber:

1. Facebook Buletin TV3

2. Free Malaysia Today via Forum CARI

3. Facebook Sinar Harian

4. Facebook Utusan Online

5. Facebook Astro Gempak

Penafian: Semua maklumat berita di atas adalah hak milik sumber yang dinyatakan. Pihak kami hanya berkongsi sebahagian kandungan yang dikemaskini menerusi media sosial sumber berkenaan. 


tags : , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)