cara frank abagnale jr curi berjuta dengan hanya menulis cek

Tak kisahlah anda minum kopi berharga RM2.50 atau ingin beli kereta sport berharga RM400,000, ia boleh dilakukan dengan menggunakan kad debit atau kredit. Mata wang moden ini tersangat popular di mana lebih daripada 70% isi rumah Amerika Syarikat menggunakannya.

Di Malaysia pula, 63% pengguna menggunakan kad debit dan 57% menggunakan perbankan dalam talian.

Kad debit dan kredit ni tergolong dalam kategori kad cek iaitu jenis kad bank yang membolehkan pemegang akaun mengakses dana dalam akaunnya.

Ia mula dihasilkan pada tahun 1960-an dan merupakan pendahulu kepada kad debit hari ini. Cek moden yang kita gunakan hari ini hanya diubahsuai dari kad cek ini.

Walaupun penggunaannya telah merosot dari masa ke masa, cek juruwang (cashier’s checks) tetap menjadi salah satu kaedah pembayaran yang paling selamat sehinggakan semua orang pasti berurusan menggunakannya walaupun sekali dalam hidup.

Jika anda tak tahu tentang kepingan kertas yang sangat berguna ini, artikel ini akan memberikan segala maklumat yang anda perlu tahu. 

Apa itu cek?

apa yang dimaksudkan dengan cek

Cek adalah dokumen yang meminta bank (cek adalah khusus kepada bank tertentu) untuk membayar penerima cek sejumlah wang tertentu, seperti yang disebutkan pada cek secara bertulis.

Orang yang menulis cek dikenali sebagai 'pengeluar' atau 'pembayar', sementara orang yang menerima cek dikenali sebagai 'penerima'.

Sekiranya seseorang mahu membayar wang kepada entiti tertentu, kedai atau pekerja melalui bank tanpa kedua-dua pihak hadir pada masa yang sama, apa yang boleh dilakukannya?

Dia hanya perlu menulis cek untuk jumlah yang mahu dibayar kepada entiti berkenaan.

Dari segi undang-undang, cek adalah bil pertukaran yang menjamin jumlah wang tertentu kepada penerima.

Cek adalah salah satu kaedah pembayaran moden yang pertama yang membenarkan dua pihak untuk menukar wang tanpa benar-benar bertukar-tukar wang kertas atau aset lain.

Apa itu cek juruwang?

apa itu cek juruwang

Berbeza dengan cek peribadi, cek juruwang mengeluarkan wang dari akaun bank, bukan akaun milik anda.

Ia ditandatangani dan disahkan oleh juruwang bank, yang mana memberikan namanya sebagai cek juruwang. Ia mempunyai banyak perbezaan dari cek biasa.

Pertama sekali, nama penerima dan jumlah yang akan dibayar dicetak di atasnya oleh bank itu sendiri, jadi anda tidak perlu menulis sendiri.

Kedua, bank adalah entiti yang menjamin pembayaran cek dan bukannya penulis cek.

Ramai orang salah faham tentang konsep cek juruwang di mana beranggapan bahawa bank memberi mereka kredit dengan membayar bagi pihak mereka, namun ini tidak benar.

penipuan cek juruwang oleh frank abagnale jr

Walaupun cek juruwang diambil dari akaun institusi kewangan iaitu bank, tetapi anda perlu membekalkan jumlah tersebut kepada bank terlebih dahulu.

Anda boleh melakukannya dengan memberikan wang tersebut secara tunai atau bank boleh mengambil wang dari akaun cek anda.

Apa yang membuatkan cek juruwang selamat?

apa yang membuatkan cek juruwang selamat 232

Cek juruwang merupakan antara cara pembayaran paling selamat yang wujud pada ketika ini dan ia sesuai jika pembayaran melibatkan jumlah wang yang besar.

Sebab mengapa cek juruwang sangat popular adalah bank membayar penerima dengan dana mereka sendiri.

Oleh itu, risiko "cek tendang" hampir tiada dan ini memberikan ketenangan fikiran kepada semua pihak yang terlibat bahawa dana akan dipindahkan dengan selamat.

Cek ini mempunyai ciri-ciri keselamatan tambahan, seperti watermark dan tandatangan oleh dua pekerja bank yang mengesahkan cek dengan teliti yang meminumkan peluang untuk berlakunya pemalsuan.

Akan tetapi, cek juruwang tidak tersedia secara percuma. Yuran perkhidmatan tertentu dikenakan bagi mendapatkan cek ini dan ia erbeza dari bank ke bank.

Penipuan cek juruwang

cara frank abagnale jr curi berjuta dengan hanya menulis cek 2

Jika anda pernah menonton filem "Catch Me If You Can" yang diinspirasikan oleh kisah benar dan dilakonkan oleh Leonardo Di Caprio, anda mungkin tahu serba sedikit tentang penipuan cek.

Frank William Abagnale Jr. menipu bank dari 12 negara berbeza dan hampir kesemua teknik yang digunakannya melibatkan cek.

Kelicikannya telah mendedahkan beberapa kecacatan dalam sistem perbankan yang boleh digunakan untuk mencuri berjuta-juta ringgit dengan mudah.

Apa yang dilakukan oleh Frank adalah dia menghasilkan cek juruwang dan cek diperakui yang palsu dari bank yang berbeza menggunakan dakwat magnet, dakwat khas yang digunakan pada cek. 

frank abagnale jr mencetak cek juruwang sendiri

Beliau kemudiannya memalsukan tandatangan pegawai bank dan menyerahkan cek tersebut sebagai cara pembayaran kepada pelbagai orang yang tertipu dengan penampilan cek itu.

Kaedah lain yang sering digunakan oleh Frank adalah mengeluarkan wang dengan jumlah yang berlebihan daripada simpanan akaunnya.

Dia melakukannya dengan menulis cek dengan jumlah yang lebih daripada wang yang ada di dalam akaunnya. Mengikut satu dasar kredit bank, pegawai itu akan membenarkan pengeluaran lebih kepada had tertentu.

Dan dalam kes Frank ini, jumlah yang dibenarkan adalah tinggi kerana dia memperlihatkan dirinya seperti orang kaya.

frank abagnale jr sebagai juruterbang

Frank kemudiannya akan melarikan diri ke luar negara selepas mengulangi helah ini dengan beberapa bank berlainan.

Penipuan cek juruwang kerap kali melibatkan seseorang yang memberikan anda cek yang kelihatan seperti asli dan meminta anda sama ada untuk memindahkan wang ke akaun mereka atau menghantarnya mereka barangan sebagai balasan.

Apabila anda mendepositkan cek atau cuba mengeluarkan wang itu, baru anda menyedari bahawa cek tersebut sebenarnya adalah palsu.

Bagaimana cara elakkan penipuan cek juruwang?

penipuan cek juruwang

Beberapa langkah yang sangat mudah dan berkesan akan meminimumkan kemungkinan berlakunya penipuan dan menyelamatkan wang.

Pertama sekali, hanya terima cek dari individu yang dikenali. Jika tidak, hubungi atau lawati cawangan institusi kewangan yang dikaitkan dengan cek untuk menentukan sama ada cek yang dikeluarkan adalah tulen.

Jangan percaya nombor telefon yang tertulis di atas cek tersebut. Lakukan penyelidikan anda sendiri untuk mengesahkan nombor telefon kerana biasanya semuanya akan terdapat di atas talian pada hari ini.

Dan yang terakhir, sentiasa semak dengan bank untuk kelulusan cek dan pemindahan wang ke akaun anda. Dengan cara itu, jika ada masalah, anda akan menyedarinya dengan cepat.

Kesimpulan

leonardo di caprio dalam filem catch me if you can

Cek juruwang telah digunakan begitu lama sejak dulu dan selain memiliki beberapa kecacatan namun ia masih sangat selamat.

Walau bagaimanapun, ia biasanya melibatkan yuran dan memandangkan pelbagai kaedah pembayaran lain yang wujud ketika ini seperti kiriman wang dan pemindahan wang dalam talian, caj ini mungkin kelihatan seperti perbelanjaan yang tidak perlu bagi sesetengah pihak.

Walaupun pemindahan bank kini semakin selamat, masih ada orang di luar sana yang cuba untuk memperbodohkan institusi kewangan dan merompak wang anda.

Oleh itu, anda perlu lebih berhati-hati dan ikuti prosedur yang dinyatakan oleh bank anda. Dengan cara itu, anda akan yakin bahawa wang anda akan selamat!

Rujukan:

1. Credittoday

2. AccessWA

3. Federal Trade Commission


tags :, , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)