Pengalaman mengembara atau melancong bagi setiap individu itu sudah pasti tidak akan pernah sama. Ada yang suka tinggal di hotel mewah, dan ada juga yang suka tinggal di tempat yang agak pelik. Namun jika anda mahukan pengalaman yang pelik, kini anda tak perlu pergi jauh, hanya dengan ke negara seberang, impian anda akan menjadi kenyataan.
Bukanlah hotel pertama di dunia yang menggunakan tema penjara, namun Sook Station telah menjadi bualan hangat sebagai hotel bertemakan penjara pertama di Thailand. Terletak di daerah Bang Na di Bangkok dan hanya 15 kilometer dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi, hotel ini benar-benar memberikan pengalaman berada di penjara.
BESARKAN TEKS A- A+
Ia dihiaskan seperti apa yang dilalui oleh banduan seharian. Bilik-bilik mempunyai palang besi, katil bertingkat, tandas bersama serta perintah berkurung. Untuk menambahkan suasana yang lebih nyata, pengunjung hotel ini diberikan pakaian banduan iaitu pakaian putih berbelang hitam dan gambar "mugshot" akan diambil ketika sampai di hotel.
Juga terdapat kawat berduri menghiasi kawasan sekitar hotel ini. Bagi mereka yang ingin merasakan tidur seperti di dalam penjara, terdapat bilik yang kecil seluas 8 meter persegi dan mempunyai satu tingkap benar-benar seperti sel penjara. Namun, hotel ini juga menyediakan bilik lebih besar untuk pengunjung berkeluarga.
Pemilik hotel ini iaitu Sithichai Chaiworawapruk, 55, dan isterinya merupakan pasangan yang sangat kerap mengembara dan bagi mereka, untuk tinggal di sebuah hotel bertemakan penjara adalah satu impian. Jadi, mereka sendiri yang merealisasikan impian, dengan membina Sook Station ini. Menurut pasangan ini lagi, hotel ini diinspirasikan oleh filem “The Shawshank Redemption”.
Bagi mereka yang ingin merasakan perasaan tinggal dan bermalam di dalam penjara, impian itu kini boleh menjadi realiti dengan kadar bayaran yang agak berpatutan iaitu RM102 hingga RM210 semalam.
Sumber: