Siapa cakap kucing tak boleh mengubah hidup seseorang? Haiwan peliharaan bukan sahaja menjadi sahabat kepada manusia tetapi juga seringkali menjadi penyembuh.

Malah, kuasa terapi yang dimiliki kucing dan anjing telah diketahui selama bertahun-tahun.

Haiwan-haiwan berbulu ini membantu kita mengurangkan kemurungan dan kegelisahan, berasa kurang kesepian, meningkatkan mood dan juga menurunkan tekanan darah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

penjara ini guna kucing untuk bantu banduan pulih 4

Walau bagaimanapun, satu aspek lain tentang kemampuan haiwan-haiwan ini untuk mengubah kehidupan sering diabaikan, keupayaan untuk membantu penghuni penjara.

Pada tahun 2015 di Indiana, Amerika Syarikat, Animal Protection League telah memulakan satu program yang sangat menarik dan menakjunbkan di Penjara Pendleton, yang dikenali sebagai F.O.R.W.A.R.D.

Idea di sebalik inisiatif ini adalah untuk mengambil haiwan dari tempat perlindungan kucing dan meletakkannya di penjara ini supaya para banduan dapat menjaga haiwan-haiwan tersebut.

Program ini terbukti dengan begitu pantas dalam memberi manfaat kepada kedua-dua yang terlibat iaitu kucing dan para banduan. 

penjara ini guna kucing untuk bantu banduan pulih 5

Kebanyakan kucing yang terdapat di tempat perlindungan haiwan sering kali mempunyai sejarah penderaan dan penganiayaan yang sangat lama sehingga meninggalkan kesan buruk seperti tidak dapat bersosial dengan manusia dengan baik.

Kucing-kucing malan ini menjadi kurang percaya kepada manusia dan mempunyai peluang yang lebih rendah untuk diambil dan dipelihara oleh orang.

Apa yang diperlukan kucing-kucing ini adalah kesabaran dan kasih sayang sebelum mereka dapat mencari rumah untuk selama-lamanya, serta program pengubahsuaian tingkah laku dan kepercayaan ini memberikan haiwan-haiwan ini peluang kedua untuk hidup gembira.

Aktiviti-aktiviti seperti memberi makan, membersihkan dan menjaga kucing ini oleh pada banduan menjadikan haiwan ini lebih sosial dan juga kembali percaya kepada manusia.

penjara ini guna kucing untuk bantu banduan pulih 3

Walau bagaimanapun, kucing-kucing ini bukanlah satu-satunya yang mendapat manfaat daripada program ini.

Para penghuni penjara juga mendapat peluang yang baik untuk belajar bagaimana menjaga dan mengambil tanggungjawab terhadap makhluk hidup.

Direktor penjara tersebut, Maleah Stringer, memberitahu bahawa para banduan sangat gembira diberikan peluang untuk menjaga dan menyayangi sesuatu, selepas lama hidup di sebalik tirai besi.

penjara ini guna kucing untuk bantu banduan pulih 6

Ini mengajar banduan tentang tanggungjawab, bagaimana untuk berinteraksi dalam kumpulan menggunakan cara tanpa keganasan dan memberikan rasa cinta tanpa syarat terhadap haiwan peliharan, sesuatu yang mana tidak pernah diketahui oleh mereka.

Program ini juga telah mengurangkan kesunyian banduan pesalah  dan meningkatkan harga diri mereka.

Sejak penubuhan program ini, pesalah mempunyai motivasi untuk mendaftar di sekolah, mendapatkan pekerjaan, mematuhi peraturan unit, dan meningkatkan kebersihan mereka agar mereka menjadi peserta.

seorang banduan memegang kucing yang dipertanggungjawabkan ke atasnya

Kehadiran haiwan telah menambah ketenangan baru ke lingkungan terapi dan memperkuat semangat masyarakat.

Program haiwan yang sama tersebar merentas jabatan pemulihan dan salah satunya telah ditubuhkan di Unit Pemulihan Khas Kompleks Monroe oleh organisasi ini yang diberi nama Purrfect Pals.

Dan walaupun kelihatan seperti remeh, namun program ini telah terbukti sangat berkesan.

Rujukan:

1. Educate Inspire Change

2. Kucing Bantu Pulihkan Banduan

3. HuffPost




Hakcipta iluminasi.com (2017)