Filem seperti The Shawshank Redemption menyaksikan bahawa seorang pegawai bank yang bernama Andy Dufresne melarikan diri dari penjara atas petuduhan yang tidak betul terhadap dirinya. Andy dituduh kerana membunuh isterinya.
Filem yang telah memenangi banyak anugerah ini banyak memberi inspirasi dan motivasi mengenai kehidupannya di penjara serta cara melepaskan diri dari penjara dengan penuh kesabaran.
Seperti juga drama bersiri Prison Break yang membuatkan ramai teruja untuk melihat apa yang akan berlaku pada episod seterusnya. Realitinya, bukankah ia sesuatu yang mustahil untuk seseorang banduan melarikan diri dari penjara?
BESARKAN TEKS A- A+
Penjara dalam pulau
Salah sebuah penjara yang paling mustahil untuk orang melarikan diri dalam sejarah negara Amerika terletak di sebuah pulau yang dikenali sebagai The Rock di San Francisco Bay yang sejuk.
Menurut catatan dan sumber rasmi menyatakan bahawa tiada siapa yang Berjaya melarikan diri dengan selamat dari kubu tersebut yang dikenali sebagai penjara Alcatraz.
Alcatraz dinamakan oleh seorang pejelajah dari Sepanyol iaitu Manuel de Ayala pada tahun 1775. Pada tahun 1850, Presiden ke 13 Amerika iaitu Fillmore telah membina sebuah kubu yang di lengkapi dengan bangunan,meriam dan rumah api untuk kegunaan tentera.
Digunakan sebagai pusat tahanan tentera
Setelah siap di bangunkan Alcatraz juga mula digunakan oleh tentera untuk menempatkan tahanan tentera. Ia merupakan sebuah pusat tahanan yang sempurna kerana pulau tersebut terpencil dan semua orang mengandaikan bahawa tiada tahanan yang mampu untuk berjaya melarikan diri dengan berenang di perairan San Francisco yang dingin.
Pada awal tahun 1900, tahanan tentera telah membantu membina penjara baru yang terdapat sebanyak 600 sel penjara, sebuah hospital, cafeteria dan bangunan yang lain.
Alcatraz kemudian dipindahkan dari kegunaan ketenteraan ke Jabatan Kehakiman Amerika yang digunakan sebagai penjara persekutuan untuk tahanan yang berbahaya untuk disimpan di penjara yang lain.
Selepas Alcatraz ditingkatkan keselamatan maka ia secara rasminya dibuka sebagai penjara persekutuan pada Julai 1934.
Penjara bagi banduan paling berbahaya
Alcatraz dianggap sebagai sebuah penjara dalam penjara kerana setiap penjara di kawasan lain boleh menghantar banduan paling berbahaya untuk menjalani kehidupan yang lebih keras dan mengikut peraturan serta sistem yang ditetapkan di Alcatraz.
Alcatraz biasanya mempunyai jumlah tahanan di antara 260-275 orang banduan. Setiap tahanan mempunyai sel sendiri dan terdapat seorang pengawal untuk setiap tiga tahanan.
Beberapa tahanan terkenal yang dikaitkan dengan penjara Alcatraz ini adalah Al Capone, George Kelly, Alvin Karpowicz dan Robert Stroud.
Walaupun orang menganggap bahawa tiada tahanan yang mampu keluar dari Alcatraz disebabkan dikelilingi oleh lautan yang luas, namun ada cubaan untuk banduan melarikan diri dari penjara tersebut.
Cubaan banduan melarikan diri menemui kegagalan
Secara keseluruhannya terdapat 14 cubaan untuk melarikan diri dari penjara Alcatraz yang melibatkan sejumlah 36 orang tahanan. Daripada jumlah tersebut, 23 orang tahanan ditangkap, 6 orang tahanan ditembak dan dibunuh semasa cubaan melarikan diri, 2 orang tahanan tenggelam dan 5 orang hilang dan secara rasminya telah dianggap mati.
Walaupun ada sesetengah orang percaya bahawa ada yang terselamat serta berjaya melarikan diri dari penjara tersebut namun tiada bukti yang menunjukkan bahawa tahanan tersebut berjaya. Walaupun tiada bukti, ia masih dianggap satu misteri yang belum terjawab.
Ramai yang beranggapan mereka yang melarikan diri tidak akan berjaya kerana selama tempoh tersebut terdapat beberapa orang telah membuktikan bahawa kemungkinan untuk berenang dari Alcatraz ke tanah besar adalah amat mustahil.
Walau Ia adalah sesuatu yang sukar untuk mengharungi diri di dalam perairan yang sangat sejuk dan amat sukar bagi tahanan yang tidak mempunyai peluang untuk berlatih ujian fizikal untuk ketahanan fizikal.
Peralatan yang tidak lengkap seperti jaket keselamatan,bot dan sebagainya menyebabkan ia amat mustahil untuk banduan melarikan diri.
Alcatraz ditutup 1963
Alcatraz ditutup pada tahun 1963 disebabkan kos operasi yang tinggi. Semua bekalan perlu dihantar ke pulau itu dengan perbelanjaan yang besar dan pendedahan pulau tersebut pada orang awam amat tinggi pada waktu itu.
Alcatraz telah menjadi sebahagian daripada Kawasan Rekreasi Kebangsaan Golden Gate pada tahun 1972.
Pada waktu ini, terdapat lebih daripada satu juta pelancong yang dating melawat Alcatraz pada setiap tahun. Para pelancong boleh melawat bangunan lama penjara dan melihat cara kehidupan banduan di Alcatraz.