Oleh pada 15 Aug 2017 kategori

kakak joy revfa dedah masalah sebenar perkahwinan hafiz hamidun 1

Kredit foto: Youtube Arteffects International & mynewshub.cc

Sedang netizen menantikan sidang media khas yang bakal diadakan oleh penyanyi Hafiz Hamidun berhubung kemelut yang melanda rumah tangganya, dua status Facebook daripada kakak Joy Revfa atau kakak ipar Hafiz menghangatkan lagi isu berkenaan.

Meskipun tidak menyatakan secara jelas, namun ramai yang percaya status kakak Joy ini ditujukan buat Hafiz. 

kakak joy revfa dedah masalah sebenar perkahwinan hafiz hamidun 2

kakak joy revfa dedah masalah sebenar perkahwinan hafiz hamidun 3

Kredit foto: beautifulnara.com & Facebook Dyana Sofia

Isu pergolakan rumah tangga Hafiz mula menjadi perbualan hangat apabila Joy mengemaskini beberapa kiriman Instagram yang dipercayai berkisar tentang ketidakpuasan hatinya terhadap Hafiz dan perkahwinan yang didirikan.

Pasangan tersebut hanya mengambil masa beberapa bulan untuk mengenali hati budi masing-masing sebelum melangsungkan pernikahan pada awal Mei lalu.

Untuk info, ini merupakan perkahwinan kedua Joy. Perkahwinan terdahulu beliau dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia tiga tahun.


tags : , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)