Oleh pada 17 Aug 2017 kategori

punca perkahwinan hafiz hamidun bergolak kerana masalah batin 1

Kredit foto: Youtube alviroRR

Makin banyak pula drama yang timbul kebelakangan ini berkaitan isu rumah tangga penyanyi Hafiz Hamidun meskipun belum ada lagi kenyataan rasmi yang dikeluarkan Hafiz.

Jika sebelum ini Hafiz dilihat lebih banyak berdiam diri daripada memberi sebarang respon terhadap kenyataan-kenyataan isterinya, Joy Revfa di media sosial, namun semalam penyanyi itu tampil dengan beberapa komen balas.

Dalam kenyataan panjang lebar Joy di akaun Facebooknya sebelum ini seolah-olah memberi bayangan bahawa Hafiz mempunyai masalah batin.

Lantas seorang netizen menerusi ruangan komen di Instagram bertanyakan sendiri hal tersebut kepada Hafiz untuk kepastian. 

punca perkahwinan hafiz hamidun bergolak kerana masalah batin 2

Kredit foto: Instagram Hafiz Hamidun & Beautifulnara

Bagaimanapun Hafiz menafikan dakwaan itu menerusi komen balasnya.

punca perkahwinan hafiz hamidun bergolak kerana masalah batin 3

Kredit foto: Instagram Hafiz Hamidun & Beautifulnara

Ternyata apa yang didakwa individu berkenaan adalah salah apabila Hafiz sendiri menafikannya. Barangkali ada masalah lain yang menanti masa untuk dijelaskan. Hentikan spekulasi mengarut dan kita nantikan sahaja kenyataan rasmi daripada Hafiz nanti. 


tags : , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)