aliff

Kredit foto: tv14.my  

Baru-baru ini Shahida, isteri kepada Pengasas produk D'Herbs, Datuk Aliff Syukri telah memuat naik sebuah video ke laman Instagramnya yang menarik perhatian netizen.

Dalam video berdurasi kurang seminit itu, Shahida mengajukan beberapa soalan panas kepada suaminya. Ini gara-gara dakwaan sesetengah pengikut IG Shahida yang menghantar kiriman mesej peribadi kepadanya mempersoalkan kebaikan Datuk Aliff yang mencurigakan - sehingga ada mendakwa Datuk Aliff mempunyai helah dan sedang menyembunyikan sesuatu.

Akhirnya Aliff tanpa berselindung menyatakan dia kini sudah berkahwin dua!

Shahida ternyata terkejut lalu mempersoalkan tindakan Aliff yang tidak pernah memperkenalkan madunya itu.

Alif Syukri sudahnya meletakkan label isterinya sebagai kaki cemburu.

Video tersebut berjaya meraih perhatian netizen dek kerana kemesraaan suami isteri ini yang jarang-jarang kita lihat didedahkan dalam sebuah rakaman pendek yang sweet sekali!

Pada anda yang masih belum menonton, apakata luangkan masa ke instagram isteri Datuk Aliff atau boleh tonton terus menerusi video youtube di bawah. 

Kredit video: Youtube Media Hiburan

Sumber berita: astrogempak 


tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)