Oleh pada 18 Aug 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Datuk Aliff Syukri

Sekian lama bersama dengan keluarga Datuk Aliff Syukri, akhirnya anak angkatnya yang bernama Aliff terpaksa mengucapkan selamat tinggal.

Ini berikutan anak kecil itu enggan melepaskan ibu kandungnya selepas dipertemukan.

Datuk Aliff terpaksa akur, namun dalam masa yang sama tidak dapat menafikan perasaan sedih kerana telah bersama anak angkatnya sejak sekian lama. 

hati saya terlalu sedih anak angkat datuk aliff syukri akhirnya pergi 2

Kredit foto: Instagram Datuk Aliff Syukri

Niat hati hanya nak memberi peluang keluarga Aliff melepaskan rindu tapi lain jadinya. Sukar untuk saya luahkan dengan kata-kata, dah lama saya jaga Aliff ni. Surat akuan sumpah, peguam semua dah buat. Saya tak sampai hati tapi saya redha. Hati saya terlalu sedih hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Mungkin ini yang terbaik buat Aliff. Abah hanya mampu berdoa Aliff selamat segalanya.

Rata-rata netizen tidak dapat menahan sebak selepas menonton video rakaman tangisan Datuk Aliff dan momen ketika anak angkatnya enggan melepaskan rangkulan ibu kandung.

Sehingga kini video yang dimuat naik ke laman Instagram Datuk Aliff itu telahpun ditonton lebih 260 ribu kali.

Ini videonya. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)