pendedahan punca sebenar aznil nawawi kurang berlakon

Kredit foto: Instagram Aznil Nawawi

Selebriti serba boleh, Datuk Aznil Nawawi, mendedahkan dia mempunyai sebab tertentu mengapa jarang melibatkan diri dalam bidang lakonan sejak kebelakangan ini.

Beliau yang mesra disapa Pak Nil berkata, dia terlebih dahulu menilai secara keseluruhan sesebuah produksi sebelum mengambil tawaran.

"Saya bukan seseorang yang memilih pengarah. Sebaliknya jika dapat sesuatu tawaran, saya akan tengok dulu secara keseluruhan produksi itu.

"Kalau mereka jenis yang sentiasa berdisplin dari segi masa, baik daripada barisan pelakon dan krew penggambaran, pasti saya senang hati menerimanya," katanya kepada Astro Gempak.

Aznil membuat kenyataan tersebut di majlis promosi filem Makrifat Cinta yang berlangsung di Astro Bukit Jalil, baru-baru ini.

Makrifat Cinta hasil arahan Kamal G bakal menemui penonton di pawagam bermula 1 Februari depan.

Filem itu antara lain dibintangi Syamsul Yusof, Nabila Huda, Nora Danish dan Adi Putra.

Dalam pada itu, Aznil mendedahkan pengalaman pahit yang pernah dilaluinya ketika berlakon dalam penggambaran sebuah produksi. 

"Dulu saya ada pengalaman bila berlakon, call time kata pukul 9 pagi, tetapi sampai pukul 6 petang tak mula berlakon lagi.

"Jadi disebabkan itu saya agak serik untuk berlakon dan lebih memilih serta berhati-hati untuk menerima tawaran lakonan," katanya lagi.

Sumber berita: Astro Gempak

tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)