Kredit foto: The Malay Mail Online

Menerusi laporan portal Media Hiburan, penyanyi dan pelakon terkenal Ziana Zain dikhabarkan tidak lagi akan meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan.

Anak-anak sedang membesar, menuju ke fasa remaja yang kita semua tahu, menjaga anak meningkat remaja ini bukan mudah. Jadinya, komitmen terhadap dunia seni, terpaksa dikurangkan demi memberi perhatian pada keluarga.

Malah, beliau turut pernah ditawarkan oleh Datuk Yusof Haslam untuk kembali berlakon namun menolaknya kerana tumpuan terpaksa diberikan kepada keluarga, perniagaan dan nyanyiannya.

Tawaran berlakon itu ada, termasuklah daripada Datuk Yusof Haslam sendiri, tapi saya terpaksa tolak dengan cara baik kerana takut tidak boleh memberi komitmen.


Saya mahu melihat anak-anak membesar di depan mata. Lalu, saya perlu pantau apa yang mereka buat, contohnya dalam soal melibatkan media sosial.

Dalam pada itu, beliau juga memberitahu bahawa anak-anaknya tidak terdedah kepada media sosial.

Anak-anak tidak minat main dan tidak ada akaun Instagram, FB dan sebagainya. Cuma mereka main games atas talian saja. Itu pun, saya tanya juga permainan apa yang mereka mainkan. Bimbang nanti mereka buat yang bukan-bukan.

ziana zain dedah punca tidah mahu berlakon 1

ziana zain dedah punca tidah mahu berlakon 2

ziana zain dedah punca tidah mahu berlakon 3

ziana zain dedah punca tidah mahu berlakon 4

Kredit foto: sensasi.org

Sumber berita: Media Hiburan & izyan.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)