Kredit foto: Instagram Astro Malaysia

Kini rakyat Malaysia dapat mengikuti program-program menarik di Astro secara percuma tanpa sebarang caj. 

Berita baik itu disampaikan oleh pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Nawawi yang juga merupakan duta kepada NJOI.

Menurut Aznil, mereka yang berminat hanya perlu memuat turun aplikasi NJOI Now di telefon bimbit menerusi Google Play Store dan Apple Store. Pelbagai rangkaian program berbentuk hiburan, sukan dan berita, termasuklah acara secara langsung dapat ditonton - terbuka kepada semua. 

tonton program astro percuma dengan njoi now 2

Kredit foto: Astro Gempak

Ia hanya percuma sahaja untuk semua rakyat Malaysia. Dengan NJOI Now pengguna boleh akses kepada kandungan hiburan on demand termasuk box set, siaran langsung program sukan, dan berita terkini. Dah lah percuma, mudah pula untuk dimuat turun. Hanya ke Google Play Store dan Apple Store di tablet, telefon pintar dan muat turun aplikasi NJOI Now.

Sumber: Astro Gempak 

Aznil turut mempelawa para peminatnya menonton program kendalian beliau yang turut dimuatkan dalam aplikasi tersebut.  

tonton program astro percuma dengan njoi now 3

Kredit foto: Astro Awani

Bila dah muat turun nanti, boleh lah tonton program Pak Nil di Astro Prima akan datang program Ring Ring Ringgit dan juga program Go Paknil yang bersiaran di saluran Go Shop.

Sumber: Astro Gempak

Tambah Aznil, senarai kandungan program juga adalah meluas - daripada pelbagai rangkaian saluran.

NJOI Now menawarkan tontonan siaran langsung bagi program-program sukan di Astro Arena termasuklah Sukan SEA 2017, akses percuma kepada liga bola sepak di Astro Supersport1. Pelanggan juga boleh menonton program-program secara langsung di beberapa saluran lain seperti Astro Awani Astro Tutor TV, Astro Oasis, Astro Prima, Astro Maya, Astro AEC dan Astro Vaanavil. 

Sumber: Astro Gempak

Aplikasi tersebut boleh dimuat turun dan ditonton secara terus di telefon bimbit serta secara atas talian, di mana-mana sahaja.




Hakcipta iluminasi.com (2017)