punca sebenar mia ahmad dan izham tarmizi batal majlis resepsi 1

Kredit foto: forum.lowyat.net

Baru-baru ini, pelakon Mia Ahmad mengumumkan pembatalan majlis resepsinya bersama suami, Izham Tarmizi yang sepatutnya diadakan di ibu kota. 

Majlis tersebut dijadualkan berlangsung pada 22 Mac lalu di sebuah hotel terkemuka sejurus selepas majlis bertandang yang diadakan di Terengganu. 

Kerana merasakan dirinya telah menghampakan banyak pihak, Mia tampil menerusi sebuah kenyataan khas di Instagramnya menerangkan punca sebenar majlis tersebut terpaksa dibatalkan. 

Ini kenyataan Mia: 

punca sebenar mia ahmad dan izham tarmizi batal majlis resepsi 2

Kredit foto: Instagram Mia Ahmad 

Memang sejak awal lagi, majlis berkenaan sudah dirancang untuk diadakan di Kuala Lumpur. Namun, berikutan jadual suami yang terlalu padat, hasrat itu terpaksa dibatalkan. Jujur saya katakan, jadualnya memang tersangat padat. Kami memang tidak boleh nak selitkan apa-apa lagi. Akhirnya, kami terpaksa mempertimbangkan juga perkara itu walaupun tentunya saya rasa sedih kerana ada teman rapat di ibu kota, termasuk rakan media, kru produksi dan pengarah, yang tidak sempat datang ke majlis kahwin saya sebelum ini. Saya harap mereka dapat memahami kesulitan ini.

Sumber: Instagram Mia Ahmad

Menurut Mia lagi, meskipun berat membuat keputusan tersebut, namun beliau tiada pilihan lain kerana tidak mahu membebankan hati sesiapa, terutama suaminya. 

punca sebenar mia ahmad dan izham tarmizi batal majlis resepsi 3

Kredit foto: Instagram Mia Ahmad

Saya pun sudah berkahwin selama tiga bulan. Kalau hendak diadakan juga majlis yang tertunda ini, rasanya macam sudah basi. Tak dapat juga nak jadi Elsa macam Frozen.

Sumber: Instagram Mia Ahmad

Mia mewakili suaminya juga memohon maaf kepada pereka pelamin, RekaTemoor, pihak hotel dan pereka fesyen, Cosry serta Lynda Rahim kerana menghampakan harapan pihak-pihak tersebut. 

Terdahulu, Mia dan Izham disatukan dalam sebuah majlis nikah di Taiping Sentosa Villa pada 13 Januari lalu. 

punca sebenar mia ahmad dan izham tarmizi batal majlis resepsi 4

Kredit foto: Instagram Mia Ahmad 


tags : , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)