Oleh pada 11 Apr 2017 kategori

Kredit foto: Utara News

Sebagaimana yang diketahui, Jumaat lalu Datuk Aznil Haji Nawawi secara rasminya telah dilantik untuk menggantikan tempat Najip Ali di kerusi pengkritik tetap Maharaja Lawak Mega 2017. 

Sehubungan itu, Aznil ada membuat kenyataan menerusi laman Instagramnya agar peminat dapat melupakan kesilapan yang dilakukan Najip dalam kontroversi terdahulu. 

Aznil antara lain ada menyebut kepada satu pihak yang digelarkannya sebagai 'tukang bakar' agar menghentikan niat mengapi-apikan kontroversi tersebut. 

Kenyataan Aznil mendapat sokongan ramai, malah rata-rata merindui kehadiran Najip dalam program itu. 

Bagaimanapun, nampaknya bukan semua menyenangi status yang dikarang pengacara nombor satu Malaysia itu. 

Baru-baru ini selebriti kontroversi, Azwan Ali ada memuatnaik sebuah foto berserta kapsyen di laman Instagramnya yang dipercayai ditujukan kepada Aznil. 

Dalam kapsyen tersebut, Azwan mempertikaikan kenyataan Aznil yang dilihatnya sebagai menyemarakkan lagi kehangatan isu Najip sedangkan bagi Azwan, Aznil sepatutnya bertindak menyelesaikan masalah kedua-dua pihak. 

azwan ali kecam kenyataan aznil nawawi 2

#CARUTANZterPAKSA

APAAA ?” BAKAR DIRI SENDIRI ? “ITU KER KOMEN DARIKONON DATUK ?#POOODAHHHHWHY KO TAK MENGAKU JERKO PERNAHPERAP ITU JANTANAS ANAK IKAN KO B4 DIATOP ?#AdaBRANItakANJINGkurap ?GUNA LAH OTAK B4BUAT STATEMENTS ?LAIN LAH AKU YG TAKDEDATUK NI ?KO PATUT MAIN PERANANSELESAI KAN ISU PANASBOTH SIDES ?BUKAN BUAT STATEMENTS#BODOHHHHH KOTO COVER TEMOLOK KO ?EEE GELI LAH– AZWAN ALI KECAMDATUK FAKE NO 1SI #NERAKAAAjahanammmm7#PUIIIIIISO ?#KASIKvirallllllllllllllllll 

Sumber: Instagram Azwan Ali 




Hakcipta iluminasi.com (2017)