aznil dedah rahsia

Kredit foto: Instagram Aznil Nawawi

Pengacara popular, Datuk Aznil Hj Nawawi akui terkejut mengenangkan usia tiga dekad pembabitannya dalam dunia seni.

Begitupun, Aznil yang juga dipanggil Pak Nil ini masih hangat mendapat tawaran, selain terus segar berimej muda serta bertenaga.

Aznil yang diajukan persoalan itu, hanya sekadar ketawa kecil.

Apa yang boleh dikongsinya, dia tidak dibelenggu sebarang penyakit yang menghalang beliau daripada meneruskan aktiviti harian.

“Sejak dari kecil lagi saya seorang yang energetik, aktif dan tampil ceria sentiasa sehinggalah sekarang.

“Alhamdulillah, saya tiada sakit apa-apa membuatkan kehidupan juga berjalan lancar,” katanya mengulas rahsia awet mudanya.

Beliau diwawancara ketika majlis Sidang Media Ceria Megastar.

Mengenai penjagaan wajah pula, selebriti berusia 56 tahun ini memberitahu dia seorang yang amat mementingkan kebersihan diri.

“Saya tiada petua tertentu, sebaliknya hanya mengamalkan rutin mencuci muka setiap pagi dan malam.

“Amalan ini bukan dilakukan selepas berada dalam dunia glamor, tetapi telah diamalkan semenjak saya berusia 12 tahun ini.

“Bagi saya penjagaan wajah itu sangat penting tidak kiralah perempuan atau lelaki,” jelasnya.

Menyedari perkara itu, bekas pengacara rancangan realti Akademi Fantasia ini hadir dengan satu produk penjagaan wajah yang dikhususkan kepada mereka yang mengutamakan aspek itu.

“Ketika mula memperkenalkan produk tersebut, saya sebenarnya nak ajar kaum lelaki bahawa tak ada salahnya kita mengambil berat tentang penjagaan wajah.

“Namun apa yang berlaku, kebanyakan pembeli terdiri daripada golongan wanita dan itu bermakna saya gagal yakinkan kaum lelaki dengan benda-benda macam ini.

“Mungkin mereka anggap saya jaga wajah sebab kerjaya saya, namun sebenarnya penjagaan wajah ini adah perlu untuk semua orang,” katanya.

Sumber berita: Sinar Harian


tags : , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)