Kredit foto: Instagram Aliff Aziz & Instagram Afifah Nasir
Sebelum ini aktres Afifah Nasir ada mendedahkan bahawa punca dia bertemu penyanyi Aliff Aziz adalah atas urusan produksi. Ini kerana Afifah dan Aliff merupakan pasangan pelakon dalam drama Izinkan Aku Mencintaimu.
Afifah meminta netizen dan pihak media bersabar dan menantikan kenyataan rasmi daripada pihak produksi drama yang akan menerangkan dengan lebih lanjut akan "urusan kerja" mereka di kelab karaoke tersebut.
Namun nampaknya helah Afifah tidak kesampaian apabila Kak Noi yang merupakan Pengurus Produksi drama berkenaan enggan bersuhabat sekaligus tampil dengan kenyataan yang mendedahkan situasi sebenar.
Menurut Kak Noi, pihak produksi tidak mengetahui akan "urusan kerja" yang dimaksudkan Afifah.
Kredit foto: Instagram Afifah Nasir
Kami tidak tahu apa yang mereka lakukan di luar lokasi penggambaran. Buat apa saya nak bohong. Ini urusan peribadi mereka dan pihak produksi tidak masuk campur. Malah kami juga tidak ada sebarang urusan dengan mereka di pusat karaoke itu kerana kami masih sibuk menghabiskan babak lain.
Sumber: Harian Metro
Kredit foto: Instagram Aliff Aziz