Oleh pada 20 Oct 2017 kategori

lagi pendedahan mengejutkan mona apa shahir lakukan bersamanya

Kredit foto: BH Online & Instagram Mona Syamimi

Meskipun penyanyi Shahir Zawawi menafikan hubungan mesra dengan Mona Syamimi, namun pramugari itu berkata sebaliknya.

Dalam penjelasan terbaru, Mona bercerita bagaimana dia pernah menerima mesej romantik daripada penyanyi berkenaan yang seperti memberikan harapan kepadanya.

Malah mereka juga kerap keluar bersama sepanjang tempoh perkenalan.

"Kami kerap keluar berdua dan dia yang akan datang ambil saya di rumah. Kami keluar makan malam, menonton wayang berdua dan pernah keluar dari malam sampai pagi.

"Selama ini dia mesej rindu tu... kawan ke peminat? Daripada pandangan saya, tak rasa itu peminat kot. Dari mesej ini anda semua boleh nilai sendiri.

"Mungkin dia bercerita pasal dia seakan memberi harapan pada saya. Selama saya dengan dia, saya keluar dengan dia dan fokus padanya saja," katanya.

Mona membuat kenyataan tersebut dalam temubual secara langsung bersama sebuah portal hiburan ditayangkan di laman Facebook.

Pada Rabu lalu, wanita itu menggesa penyanyi itu membongkar kisah sebenar perhubungan mereka kepada umum.

Bagaimanapun Shahir dalam sebuah kenyataan susulan di sebuah portal berita masih menafikan hubungan yang terjalin, malah bercakap tentang perancangannya untuk mengahwini Erra Fazira awal tahun hadapan.

Sementara itu, Mona atau nama penuhnya Mona Syamimi Mohd Samsudin berkata, dia terasa seperti dipermainkan dan dimalukan dengan kenyataan media yang dikeluarkan Shahir.

Wanita berusia 27 tahun itu berulang kali bertegas dia bukanlah peminat seperti yang diwar-warkan.

"Saya memang terasa hati seperti dipermainkan dan dimalukan apabila dia keluarkan kenyataan saya ini peminat dan penyokong dia.

"Tiap-tiap hari keluar, habiskan masa, kata saya ini peminat dia. Macam tak logik. Kadang-kadang dia pun ada luah perasaan dia.

"Saya hanya dengar saja. Mungkin dari kawan, kita perlahan-lahan kenal satu sama lain. Tak kan dia buat macam itu pada peminat dia," luahnya.

Dalam masa yang sama, Mona meminta Shahir supaya bersifat jujur dalam menerangkan perkara sebenar.

Dia akui apa yang terjadi telah menjejaskan kehidupan peribadinya termasuk mencalar imej pekerjaan dan syarikat tempatnya bekerja.

"Jangan jadi fake la Shahir. Beritahu benda betul. Benda ini okey tak ada besar pun. Jangan tipu, jangan dedahkan media sana media sini, cerita lain.

"Saya tak nak malukan diri sendiri. Saya tak nak dedahkan untuk memalukan sesiapa. Kenyataan dia tak betul.

"Dia harus betulkan semula, jangan malukan saya dan syarikat saya kerana ia juga menjejaskan kerja saya," tegasnya.

Sebelum ini, isu hubungan mereka mula hangat apabila tersebar beberapa keping foto mesra di laman sosial.

Sumber berita: Mstar

tags : , , , , , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)