Kredit foto: Instagram Danial Lawak Solo & Sinar Harian

Pelawak dan penyampai radio Era, Danial Lawak Solo, terlibat dalam kemalangan apabila kereta dipandunya berdepan insiden cemas membabitkan dua kenderaan lain.

Dalam kejadian itu, kereta Danial terlanggar kenderaan di hadapannya gara-gara tidak sempat menekan brek apabila kenderaan tersebut berhenti secara tiba-tiba.

Mengulas kejadian itu, Danial, 25, berkata, beliau sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Pulau Pinang, sebelum insiden itu berlaku dengan pantas hingga tidak dapat dikawal.

danial lawak solo kemalangan 2

Kredit foto: Instagram Danial Lawak Solo

“Trafik di lebuh raya ketika itu memang perlahan dengan kenderaan yang banyak di atas jalan.

“Kereta saya hilang kawalan selepas kereta hadapan berhenti secara tiba-tiba.

“Saya tidak sempat menekan ‘break’ dan tiba-tiba terlanggar kereta hadapan saya.

“Tiga kereta terlibat dalam kemalangan itu kerana kereta hadapan saya turut berlanggar dengan kereta hadapannya,” katanya kepada Astro Gempak.

Begitupun Danial tidak mengalami kecederaan berat, sekadar lebam di dagu, manakala keretanya pula remuk di hadapan.

danial lawak solo kemalangan 3

Kredit foto: Instagram Danial Lawak Solo

“Alhamdulilah, saya selamat cuma dagu saya yang terhantuk ke 'steering' sahaja lebam.

“Kereta saya pula remuk dibahagian depan sebelah pemandu.

“Jadi kereta saya ketika itu terpaksa ditarik dengan lori 'towing' hingga ke Kuala Lumpur,” katanya lagi.

Difahamkan, kejadian berlaku pada 17 Jun lalu, jam 9.45 malam.

Danial bagaimanapun selamat tiba ke di Kuala Lumpur jam 6 pagi keesokannya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)