Kredit foto: thecoverage.my

Pemuda berasal dari Kelantan, Muhamad Khalid Ismail yang pernah muncul dalam rancancangan realiti Korea Selatan, Abnormal Summit telahpun melangsungkan perkahwinannya bersama seorang gadis Korea pada Ahad yang lalu.

Khalid turut sempat berkongsi foto sektiar majlis akad nikah yang diadakan secara ringkas di Masjid Pusat Seoul yang disempurnakan oleh imam masjid berkenaan, Syeikh Abdul Rahman Lee Juhwa.

Gadis jelita tersebut bernama Lee Seul dan berasal dari Suwon, Gyeonggi, Korea Selatan. 

Setelah melalui banyak cabaran, maka bermulalah lembaran baru cinta Korea saya.


Alhamdulillah.. Selamat menyempurnakan majlis akad nikah dengan gadis tempatan di hadapan Imam Masjid Pusat Seoul , Syeikh Abdul Rahman Lee Juhwa.


Kini bergelar suami kepada Lee Seul (atau nama islamnya juga Lee Seul untuk menghormati nama asal dan nama keluarga beliau), berasal dari Suwon, Gyeonggi Korea Selatan.


InsyaAllah majlis resepsi/perkahwinan di sebelah pihak perempuan mengikut budaya Korea akan di buat pada October 14 2017 nanti di kampung halaman keluarga perempuan di Suwon 
dan majlis pihak lelaki di Kelantan akan di buat pada tahun hadapan 2018.


Maklumat majlis akan saya maklumkan kemudian.

  pemuda kelantan fasih bahasa korea kahwini gadis korea 1

pemuda kelantan fasih bahasa korea kahwini gadis korea 2

pemuda kelantan fasih bahasa korea kahwini gadis korea 3

pemuda kelantan fasih bahasa korea kahwini gadis korea 4

pemuda kelantan fasih bahasa korea kahwini gadis korea 5

pemuda kelantan fasih bahasa korea kahwini gadis korea 6

Sumber: Facebook Muhamad Khalid Ismail & ramenpedas.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)