nampak bayangan neelofa tiga tahun lalu akhirnya jadi jodoh saya ahli perniagaan

Kredit foto: Mstar & Instagram Neelofa

Ahli perniagaan bernama Izdihar Rosland menceritakan peristiwa aneh yang berlaku ketika membuat ibadah Umrah di Makkah tiga tahun lalu.

Menurut Izdihar, dia ternampak wajah aktres Neelofa dalam bayangan ketika sedang berdoa di Multazam.

Apa yang menarik, ketika kejadian, dia tidakpun mengenali pelakon Red Velvet itu.

Saya sangat terkejut secara tiba-tiba wajah Neelofa muncul ketika saya sedang berdoa sambil menyentuh Multazam. Selain dia, saya juga terbayang wajah abang. Kejadian ini terjadi pada tiga tahun lalu. Masa itu saya pergi umrah untuk bawa diri sebab perniagaan minyak yang saya usahakan mengalami masalah. Jadi, tujuan saya ke sana untuk berdoa meminta hidayah. Tak sangka pula, wajah Lofa yang muncul.
Sumber: Mstar

Izdihar yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Fabulous Sdn Bhd membuat kenyataan tersebut di majlis perlantikan Neelofa sebagai duta produk Chew N' Glow yang berlangsung di Dewan Mercu Mustapha Kamal, Damansara Sabtu lepas.

Sementara itu, usahawan itu berkata, dia akhirnya menyedari bayangan tersebut adalah jawapan kepada jodohnya yang juga merupakan selebriti itu.

Namun, Izdihar menegaskan "jodoh" yaag dimaksudkan adalah kerjasama mereka dalam perniagaan produk keluaran syarikatnya.

nampak bayangan neelofa tiga tahun lalu akhirnya jadi jodoh saya ahli perniagaan 2

Kredit foto: Instagram Neelofa
Tak sangka bayangan tersebut adalah petanda Neelofa jodoh saya. Tapi bukan jodoh kami berkahwin. Jodoh bekerjasama dalam bisnes produk keluaran syarikat saya. Selepas daripada itu, saya ada hubungi Neelofa untuk membuat ulasan produk saya di Instagramnya. Manakala pada awal tahun ini, saya melantiknya sebagai duta untuk produk Chew N. Glow keluaran syarikat saya.
Sumber: Mstar

Dalam pada itu, Neelofa memberitahu persetujuannya menjalinkan kerjasama dengan Izdihar sebagai duta tidak mempunyai kaitan dengan kisah yang didedahkan usahawan itu.

Sebaliknya, ia adalah atas kehendaknya sendiri selepas menyakini produk kesihatan itu yang terbukti keberkesanannya.

Saya dapat tahu tentang kisah dia terbayang wajah saya selepas terima tawaran menjadi duta produknya. Ketika itu, saya sedang menjalani penggambaran fotografi untuk produk Chew N' Glow. Alhamdulillah, saya sendiri dah cuba produk itu dan hasilnya memang bagus. Sebab itu saya terima tawarannya. Bukan disebabkan cerita yang dikongsinya.
Sumber: Mstar

Produk Chew N' Glow diasimilasi dari ekstrak buah-buahan serta dikategorikan sebagai makanan. Justeru ia sesuai untuk bayi, kanak-kanak, wanita hamil dan yang menyusukan anak, termasuk juga lelaki.

Manfaat mengamalkan produk ini adalah membantu dalam mempercepatkan penyembuhan luka di kulit, membuatkan wajah lebih bersinar, termasuk menjadi rawatan alternatif untuk pesakit Eczema dan juga baik untuk mereka yang mempunyai alahan kepada makanan laut.

Berharga RM90 untuk kandungan 30 biji, mereka yang berminat boleh membuat pembelian secara atas talian di Instagram Chewnglow.hq, juga melalui agen-agen terpilih.


tags : , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)