Kredit foto: forums.madonnanation.com & Daily Mail

Gara-gara menerima penghinaan peminat berkaitan berat badannya, penyanyi Mariah Carey akhirnya mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan 'gastric sleeve'.

Penyanyi yang meledak dengan lagu My All itu dikecam kerana terlalu gemuk hingga termengah-mengah menari di pentas.

Difahamkan, pembedahan 'gastric sleeve' bertujuan untuk mengurangkan kadar serapan makanan dalam usus, serta membuatkan individu itu cepat kenyang di samping mengurangkan selera makan.

"Mariah melakukan prosedur itu sebulan lalu dan kesannya sudah menampakkan hasil yang memberangsangkan," kata sumber.

Malah penyanyi itu juga dikhabarkan amat tertekan dengan bentuk badannya sebelum ini hingga melakukan perbuatan yang tidak masuk akal.

"Ketika berat badannya meningkat secara mendadak, dia sering rasa terhina dan kecewa sampaikan dia sendiri memotong tanda saiz pada setiap helaian baju yang dipakainya," dedah sumber itu lagi.

Hanya selepas enam minggu menjalani pembedahan, peminat terpegun dengan penampilannya yang jelas lebih kurus ketika menghadiri acara di TCL Chinese Theatre di Hollywood, Amerika Syarikat, berlangsung Rabu lalu.

Sebelum ini, berat badan bekas juri American Idol itu pernah mencecah sehingga 100 kilogram iaitu pada Julai lalu sehingga ke tahap sukar untuk berjalan.

Sumber: Page Six, AOL & Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)