Oleh pada 03 Jan 2018 kategori

warna sebenar kulit siti sarah terbongkar 1

Penyanyi, Siti Sarah Raisuddin, terkejut apabila fotonya bersama suami, Shuib (Sepahtu) dan ibu mentua menjadi bahan perbualan hangat netizen gara-gara kulit mukanya yang dikatakan gelap.

Sarah menjelaskan, dia berasa sedih bukan kerana dihentam, sebaliknya atas sebab suaminya yang mempunyai masalah buta warna hingga tidak jelas dengan warna foto yang dikongsinya di laman Instagram.

"Assalamualaikum semua, secara jujurnya saya betul-betul tidak menyangka gambar hadiah hari lahir ibu Shuib menjadi perhatian ramai.

"Secara jujurnya saya rasa sangat sedih bukan sebab orang mengata saya, tetapi mungkin ramai yang tidak tahu Shuib buta warna.

"Dia tak tahu pun warna apa yang dia muat naik (foto) di Instagram. Banyak warna yang dia tak nampak.

"Walhal, kami memakai jenama telefon yang sama. Lagi pun, ibu Shuib yang putih melepak pun nampak seperti (terkena) selaran matahari (sunburn)," luah Sarah dalam kiriman Instagram. 

Buta warna adalah keadaan di mana seseorang mempunyai masalah mengenal pasti warna atau perbezaan warna, dalam cahaya normal.

Terdahulu, Shuib berkongsi fotonya bersama Sarah ketika mereka menghadiahkan kereta buat ibu beliau sempena hari lahir wanita itu.

Namun, kontroversi tercetus apabila wajah Sarah kelihatan gelap berbanding kebiasaan.

Lantas, ada yang mendakwa kononnya Sarah menyunting foto-foto yang dimuatnaiknya sebelum ini.

Dalam pada itu, Sarah berkata, wajahnya selama ini kelihatan cerah kerana sering mengambil foto dalam pencahayaan yang baik.

"Ramai yang kutuk, mengatakan sebenarnya saya hitam, tetapi (nampak cerah selepas) sunting gambar. Ya, saya mengaku saya selalu ambil gambar di tempat yang bercahaya terang. Mana ada orang nak ambil gambar bertentangan dengan cahaya?

"Secara jujurnya, saya memang tak putih macam orang putih, tetapi kalau nak dibandingkan dengan saya yang dulu, memang saya lebih cerah sekarang. Sebab saya memang ambil produk seperti memakai losyen, sabun dan pil untuk kulit cerah.

"Mungkin ramai yang marah sebab saya tak kongsi, saya makan dan pakai produk apa? Di sini saya ada contoh gambar dulu yang berhadapan dengan cahaya terang sampai nampak refleksi cahaya di pipi dan gambar baharu, tetap gambar lama nampak lebih gelap," katanya.

warna sebenar kulit siti sarah terbongkar 2

Kredit foto: Instagram Siti Sarah
Sumber berita: BH Online

tags : , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)