Kredit foto: Instagram Siti Sarah & Instagram Shuib

Selepas Shuib membuat keputusan untuk mengundurkan diri daripada stesen radio Sinar FM, isterinya, Siti Sarah akui berasa terkejut.

Sarah atau nama sebenarnya, Siti Sarah binti Raisuddin, 33, memberitahu, dia sedih kerana suaminya meninggalkan kerjaya yang paling disukai beliau.

"Saya pernah tanya Shuib, apa yang dia paling suka lakukan? Jawabnya menjadi deejay!

"Namun, tiba-tiba dia memaklumkan mahu berhenti daripada Sinar.fm. Sejujurnya ketika itu saya takut, kenapa jadi begini?

"Mesti ada something wrong somewhere...," katanya menurut portal Astro Gempak.

Sarah membuat kenyataan di majlis pelancaran produk penjagaan rambut Sugardoll by NN yang berlangsung di Flora Terrace, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, Sarah memahami apabila Shuib menjelaskan tindakan yang diambil itu kerana ingin memberikan fokus kepada bidang perniagaan yang diceburinya.

"Keputusan yang dilakukan Shuib benar-benar mengubah dirinya. Saya lihat dia lebih bersemangat dalam Sepahtu Reunion setiap minggu kualiti kerjaya sangat memberangsangkan.

"Jadi, saya sebagai seorang isteri menyokong sahaja keputusan yang Shuib pilih dan percayakan dia sepenuhnya," katanya.

Terdahulu, Shuib membuat keputusan mengundur diri daripada stesen radio yang disertainya sejak dua tahun lalu.

Shuib berkhidmat di Sinar FM untuk segmen 'Sepahtu Sinar' bersama dua lagi rakan kumpulannya, Jep dan Rahim sejak 30 November 2015 hingga 29 November 2017.

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)