Oleh pada 24 Jul 2017 kategori

video aksi terlajak mesra bersama shuib dikecam ini respon siti sarah 1

Kredit foto: Instagram Siti Sarah

Gara-gara memuat naik video aksi mesra bersama suami, penyanyi Siti Sarah teruk dikecam netizen.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagramnya itu, Sarah kelihatan sedang memeluk erat Shuib daripada belakang sambil mendendangkan lagu Halo, dendangan asal oleh Beyonce.

Salah seorang pengikut Sarah melahirkan rasa kurang senangnya kerana beranggapan aksi tersebut agak keterlaluan. 

video aksi terlajak mesra bersama shuib dikecam ini respon siti sarah 2

Kredit foto: beritamemey.blogspot.my 

Bagaimanapun Sarah tidak berdiam diri. Beliau tampil menjawab tohmahan yang dilemparkan.

Menurut Sarah dalam komen balasnya, dia sudah lali dengan kritikan orang ramai, justeru apa yang diperkatakan oleh individu berkenaan tidak memberi apa-apa kesan kepadanya.

Malah Sarah turut mempunyai alasan bagaimana aksi mesranya bersama suami dapat memberi impak positif kepada pasangan suami isteri di luar sana. 

video aksi terlajak mesra bersama shuib dikecam ini respon siti sarah 3

Kredit foto: beritamemey.blogspot.my 


tags : , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)