Biodata

1. Pemilik nama penuh Siti Sarah binti Raisuddin. Popular dengan nama Siti Sarah, Siti Sarah Raisuddin dan Sarah Raisuddin.

2. Lahir pada 15 September 1984 di Ipoh, Perak, Malaysia. Kini berusia 35 tahun (2019).

3. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

4. Ayahnya, Raisuddin Hamzah (lahir 29 Mei 1956) merupakan penyanyi era 1980-an.

5. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2002.

6. Merupakan penyanyi dan pelakon.

7. Memperjuangkan genre muzik Pop, Pop Rock, Balada dan R&B.

8. Bakatnya dicungkil daripada pertandingan Bintang RTM 2001 di mana beliau terpilih sebagai antara finalis akhir.

9. Seawal karier, Sarah sudah merangkul banyak trofi daripada pelbagai anugerah seperti "Artis Baru Terbaik", "Album Pop Terbaik" dan "Album Terbaik" di Anugerah Industri Muzik (AIM 2003) dan "Artis Baru Wanita Terbaik" di Anugerah Planet Muzik 2003 (APM2003).

10. Juga pernah bertanding dalam rancangan realiti nyanyian, One in a Million musim kedua yang menawarkan pembiayaan kerjaya muzik bernilai RM1,000,000 sebagai ganjaran kepada pemenang, namun hanya mampu berpuas hati di kedudukan ketiga.

11. Tidak ketinggalan, penyertaannya dalam World Championship of Performance Arts (WCOPA) sebagai wakil negara, membawa pulang sebanyak 3 emas kepada Malaysia.

12. Sekian lama menyepi, Sarah kembali menyemarakkan dunia seni menerusi pembabitan dalam program realiti TV popular, Gegar Vaganza musim ketiga. Beliau berada di kedudukan kedua, tewas di tangan penyanyi Azharina Azhar yang ditabalkan sebagai juara.

13. Antara lagu-lagu hits yang pernah dirakamkannya seperti Kesetiaan, Ku Teruskan, Ke Hujung Dunia, Pesan Mamaku, Saat Hilang Cintamu, Jangan Kau Mimpi, Tinggalkan Diriku, Mimpi Pun Sama, Bersamamu, Cinta Itu Nyawa (duet bersama Shuib), Semakin dan banyak lagi.

14. Beliau mendirikan rumah tangga dengan pelawak Shahmira Muhamad (Shuib Sepahtu) pada 26 Februari 2011 dan sehingga kini beroleh tiga orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.

   

Baca: 10 Fakta Shuib Sepahtu Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: 10 Fakta Siti Sarah Raisuddin Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Pelawak Shuib Sepahtu, Suami Siti Sarah

Baca: "Berbual Soal Kematian, Arwah Ada Menyebut Keinginan.." - Siti Sarah Meninggal Dunia, Shuib Buka Mulut  

Baca: Selepas Meninggal Dunia, Pengurus Dedah Kisah Sebelum Siti Sarah Raisuddin Masuk Hospital.. Rupanya..

   

Foto

bapa siti sarah

siti sarah

sarah raisuddin

raisudin hamzah

siti sarah raisuddin

raisuddin hamzah

ayah siti sarah

   

Baca: Ini Rupanya Keputusan SPM Shuib Sepahtu Yang Ramai Tak Tahu!

   

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Instagram Siti Sarah

3. Youtube Indigital Sdn Bhd

4. Youtube TV3 Malaysia Official




Hakcipta iluminasi.com (2017)