Oleh pada 09 Aug 2021 kategori
siti sarah 115

Kredit foto: Instagram Shuib Sepahtu

  
Pelawak Shuib Sepahtu mendedahkan dia dan tiga anaknya, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, terlihat arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, 37, mengalirkan air mata sewaktu sedang nazak.
  
Situasi itu berlaku ketika panggilan video terakhir dibuat mereka sewaktu arwah berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), semalam.
  
Kata Shuib, 37, titisan air mata arwah seperti membayangkan dia sedang mendengar apa yang dibualkan mereka.
  
siti sarah meninggal

Kredit foto: Instagram Shuib Sepahtu

  
"Dengan bantuan jururawat dan doktor, saya membuat panggilan video, itulah kali terakhir saya dan anak-anak dapat menatap wajah arwah ketika masih bernyawa.
  
"Ketika itu, saya nampak air mata berlinangan di pipinya, seolah-olah memahami apa yang kami bualkan dengannya," kata Shuib memetik laporan BH Online.
  
Shuib menambah, kunjungannya ke hospital untuk menjenguk arwah bagaimanapun berbalas hampa kerana tidak diberi peluang memasuki bilik arwah ditempatkan.
  
"Saya sempat ke hospital selepas anak-anak tidur dan selesai majlis bacaan Yassin dan doa selamat, malam tadi.
  
"Bagaimanapun, saya tidak dibenarkan bertemu arwah. Saya kemudiannya berpatah balik ke rumah," katanya.
  
Dia yang pasrah dengan ketentuan takdir, memberitahu, sukar baginya untuk menyampaikan perkhabaran sedih itu kepada tiga anak kecil mereka.
  
sarah raisuddin 398

Kredit foto: Instagram Shuib Sepahtu

  
"Cuma, cabaran saya untuk memaklumkan kepada tiga cahaya mata mengenai ketiadaan arwah ibunya," katanya.
  
Sementara itu, ulasnya, jenazah bakal ditayammum dan disolatkan di hospital tersebut dalam lingkungan pukul 10 pagi.
  
Katanya, arwah juga ada menyatakan keinginan untuk ditempatkan di sebelah kubur arwah ibunya apabila ajal menjemput.
  
siti sarah raisuddin 172

Kredit foto: Instagram Shuib Sepahtu

    
"Jenazah arwah akan dikebumikan bersebelahan kubur arwah ibunya di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 12 tengah hari ini.
  
"Arwah memang minta dikebumikan di sebelah kubur arwah ibunya.
  
"Jika berbual soal kematian, arwah ada menyebut keinginan disemadikan di sebelah kubur arwah ibunya," katanya.
  
Bertekad meneruskan perjuangan membesarkan keempat-empat anak mereka, Shuib mendedahkan kisah di sebalik nama 'Ayash Affan', bayi yang dianugerahkan kepadanya pada Jumaat lalu.
  
  
sarah meninggal

Kredit foto: Instagram Shuib Sepahtu

    
"Arwah menghadiahkan saya dengan kehadiran Ayash Affan yang lahir pada Jumaat lalu. Arwah bergelut untuk menyelamatkan anak kami. Nyata, Allah lebih menyayanginya.
  
"Nama Ayash Affan itu sendiri menjadi pilihan arwah kerana menurut pembacaannya, nama berkenaan mengenai seorang pejuang di Wilayah Gaza," katanya.
  
Shuib membuat kenyataan sewaktu ditemui di kaunter bilik jenazah HCTM, pagi tadi.
  
Untuk rekod, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada pukul 5.13 pagi di ICU, HCTM kerana dijangkiti COVID-19.
  
Penyanyi lagu Semakin itu koma dan ditidurkan lebih 48 jam sebelum pergi buat selama-lamanya.
   
   
siti sarah shuib 498
sarah shuib

Kredit foto: Instagram Shuib Sepahtu

  

Kredit video: Doa untuk Siti Sarah... keadaan sangat-sangat tak baik, oksigen drop sampai 40 peratus

  
  


Hakcipta iluminasi.com (2017)