Perintah berkurung atau perintah kawalan pergerakan disebabkan oleh pandemik COVID-19 mungkin adalah pelanggaran hak asasi manusia dan kebebasan sivil yang dialami oleh seluruh dunia.
Perhimpunan awam dan tertutup, upacara kegamaan dan menghirup udara segar tidak dibenarkan, dengan alasan untuk kepentingan kesihatan orang awam.
Walaupun begitu, ramai di kalangan pemimpin negara yang dilihat melanggar arahan mereka sendiri oleh sebab-sebab yang remeh.
BESARKAN TEKS A- A+
Kejadian seperti ini bukan sahaja berlaku secara berleluasa di Malaysia, tetapi juga di seluruh dunia yang mana menjadi satu teladan buruk yang akan diikuti oleh orang awam.
iluminasi.com kongsikan 5 contoh mentaliti pemimpin yang mahu orang awam menurut perintah mereka sendiri tetapi tidak mematuhinya.
1. Doug Ford - Kanada
Doug Ford adalah pemimpin wilayah Ontario di Kanada dan dilihatkan sebagai "juara" penjarakan sosial.
Beliau digubal langkah-langkah yang ketat di wilayah itu, menggelarkan penunjuk perasaan sebagai "Yahoo," dan memecat ahli-ahli partinya yang tidak bersetuju terhadap langkah-langkah autoritarian beliau.
Salah satu daripada tindakannya adalah mengharamkan melarang perjumpaan tertutup yang melibatkan lebih daripada lima orang.
Walau bagaimanapun, pada 11 Mei 2020, Doug mengaku bahawa beliau dan isteri telah mengadakan perjumpaan keluarga di rumah mereka yang melebihi had perjumpaan tertutup.
Doug menegaskan bahawa penjarakan sosial dikekalkan setiap masa ketika perjumpaan. Dan walaupun begitu, Doug tidak mengubah pendiriannya mengenai penjarakan sosial.
Semasa sidang media, Doug terus menggunakan nama-nama ejekan yang tidak matang bagi melabel mereka yang mengunjungi ahli keluarga, walaupun dalam masa yang sama beliau melakukan kesalahan tersebut.
2. Dominic Cummings - United Kingdom
Dominic Cummings adalah penasihat kanan Perdana Menteri United Kingdom iaitu Boris Johnson.
Dalam kes ini, beliau telah melakukan perjalanan jarak jauh sejauh 420 kilometer untuk menghantar anaknya di rumah ibu bapanya, selepas isterinya menunjukkan gejala-gejala COVID-19.
Peraturan perintah kawalan pergerakan UK menyatakan bahawa seseorang itu tidak boleh bertemu dengan individu lain di luar rumah mereka.
Juga, seseorang daripada isi rumah di mana salah seorang daripada mereka menunjukkan gejala COVID-19 perlu mengasingkan diri untuk tempoh 14 hari.
Apabila perkara ini diketahui oleh orang awam, rakyat UK meminta agar Dominic meletakkan jawatan.
Walaupun tujuan Dominic adalah untuk melindungi anaknya daripada virus ini, namun kerajaannya sendiri menyusahkan ibu bapa yang lain yang berada dalam situasi yang sama ketika perintah berkurung berlangsung.
3. Alexander Van der Bellen - Austria
Austria adalah negara kedua yang mengenakan perintah berkurung selepas Itali akibat COVID-19. Austria juga merupakan antara negara Eropah pertama yang mengangkat sekatan ini dengan membenarkan pembukaan semula restoran, perniagaan kecil dan taman-taman tetapi sehingga 11 malam sahaja.
Pada 23 Mei 2020, ketika keluar makan di sebuah restoran di Vienna, Presiden Austria iaitu Alexander Van der Bellen dan isterinya masih tidak pulang selepas jam 11 malam dan terpaksa ditegur oleh polis agar meninggalkan tempat berkenaan.
Alexander memohon maaf atas kesalahan tersebut dan bertanggungjawab sepenuhnya atas tindakan itu. Beliau juga berkata akan membayar denda yang dikenakan oleh pemilik restoran tersebut.
4. Justin Trudeau - Kanada
Pada awal April 2020, hampir semua pemimpin Kanada, termasuklah Perdana Menteri Justin Trudeau menyuruh orang ramai untuk tidak bertemu dengan keluarga mereka semasa cuti Easter yang bakal menjelang.
Walau bagaimanapun, Justin sendiri tidak mematuhi langkah-langkah yang ditetapkannya.
Untuk Easter 2020, Justin memutuskan untuk meninggalkan rumahnya di Ottawa, dan pergi ke rumah percutiannya di Tasik Harrington, Quebec.
Pada ketika itu, perjalanan yang tidak penting diharamkan dan perjalanan di antara wilayah tertakluk kepada pelbagai sekatan.
Malah, pihak berkuasa Quebec melakukan rondaan untuk mencegah mereka yang melakukan perjalanan atas tujuan rekreasi daripada memasuki wilayah tersebut.
Justin enggan memohon maaf dan menegaskan bahawa perjalanan tersebut adalah untuk kebaikan anak-anaknya. Justin juga mendakwa bahawa beliau adalah pekerja penting kerana jawatan sebagai Perdana Menteri.
Namun oleh kerana beliau tidak bekerja pada ketika itu, pembelaan diri tersebut dilihatkan sebagai sangat lemah.
5. Patrick Brown - Kanada
Patrick Brown adalah datuk bandar Brampton, sebuah bandar pinggir bandar di Greater Toronto dengan jumlah penduduk sekitar 600,000.
Brampton meluluskan antara undang-undang kecil yang paling ketat di Kanada, dengan mewajibkan pemakaian pelitup muka, mengenakan denda yang tinggi dan menggalakkan orang ramai untuk menghubungi polis jika melihat sesiapa melanggar perintah ini.
Akan tetapi, Patrick sendiri yang tidak mematuhi undang-undang yang dilaksanakan.
Pada 8 Ogos 2020, selepas mendapat tahu bahawa datuk bandar Brampton akan bermain perlawanan hoki haram, para wartawan bergegas ke arena hoki awam di Brampton dan melihat sama ada beliau akan muncul.
Tak lama kemudian, Patrick muncul di arena tersebut tanpa memakai pelitup muka dan membawa beg hoki yang tertulis namanya.
Ketika ditemui, Patrick mendakwa bahawa beliau hanya memeriksa arena tersebut dan kemudiannya bergegas ke kereta lalu memecut tanpa menjawab soalan wartawan.
Patrick kemudiannya memuat naik status di Twitter mengatakan bahawa beliau menjadi mangsa berita palsu dan pada masa yang sama, undang-undang kecil Brampton dikemaskini bagi membenarkan perlawanan hoki, padahal ia telah diharamkan sebelum itu.
Tindakan ini membawa kepada orang ramai meminta siasatan etika terhadap Patrick namun tiada satu pun yang dibuat secara rasmi.
Rujukan:
1. Rebel News
2. Global News
3. BBC