Oleh pada 07 Apr 2020 kategori

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan pada 16 Mac 2020 bagi membendung merebaknya pandemik Covid-19 adalah suatu inisiatif yang dilihat sedikit sebanyak memberi kesan kepada pergerakan orang ramai. Bagi mengisi masa lapang anda di rumah, iluminasi ingin berkongsi senarai 10 filem yang wajib anda tonton dalam tempoh PKP ini.

10. The Crazies (2010)

BESARKAN TEKS     A-  A+

filem the crazies 2010 wajib tonton

IMDB: 6.5/10

The Crazies adalah sebuah filem sains fiksyen seram Amerika yang diarah oleh Breck Eisner, dibintangi oleh Timothy Olyphant dan Radha Mitchell.

Selepas nahas sebuah kapal terbang, sejenis virus toksik mula tersebar di sebuah bandar pertanian. Para penduduk di kawasan Ogden Marsh, Iowa yang dijangkiti virus ini kemudiannya menjadi pembunuh yang sangat ganas. Sheriff David Dutton cuba untuk memahami situasi yang berlaku, sementara dia bersama isteri dan dua lagi yang lain bersatu demi kelansungan hidup.

9. Outbreak (1995)

filem outbreak 1995 wajib tonton

IMDB: 6.6/10

Outbreak adalah sebuah filem di bawah arahan Wolfgang Petersen, dibintangi oleh Dustin Hoffman, Morgan Freeman dan lain-lain. 

FIlem ini berkisar tentang wabak virus Motaba, yang seakan-akan virus Ebola. Wabak ini tersebar di Zaire dan kemudiannya sampai ke sebuah bandar kecil di Amerika Syarikat. Plot filem ini kebanyakannya berkisar di United States Army Medical Research Institute of Infectious Diseases dan bandar Cedar Creek, California

Jalan cerita lebih fokus kepada usaha bagaimana para tentera dan agensi awam cuba untuk mengawal rantaian jangkitan wabak berbahaya ini.

8. Contagion (2011)

filem contagion 2011 wajib tonton

IMDB: 6.7/10

Selepas pulang dari Hong Kong atas urusan perniagaan, Beth Emhoff meninggal dunia daripada sejenis jangkitan yang tidak diketahui. Anak lelakinya mati sehari kemudian. Suaminya, Mitch walau bagaimanapun seolah-olah imun daripada jangkitan tersebut. Tidak lama kemudian, penyakit ini mula terbebar luas. 

Para doktor dan pihak berkuasa di Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat hanya menyedari tahap keseriusan jangkitan ini selepas beberapa ketika berlalu. Tindakan awal yang harus mereka lakukan adalah mengenal pasti virus yang menjadi punca jangkitan, dan kemudiannya mencari cara untuk melawannya, proses yang boleh memakan masa sehingga beberapa bulan.

Dengan penularan wabak ini, jutaan manusia di seluruh dunia mula terkesan, dan manusia mula menjadi panik. Dapatkah para saintis mencari penawar bagi wabak ini? 

7. Flu (2013)

filem flu korea selatan 2013

IMDB: 6.7/10

Flu adalah sebuah filem Korea Selatan arahan Kim Sung-su, dibintangi oleh Soo Ae dan Jang Hyuk sebagai watak utama. Plot filem Flu berkisar tentang wabak virus strain H5N1 yang membunuh penghidapnya dalam masa 36 jam. Wabak ini merebak secara meluas di daerah Bundang, Seongnam yang mempunyai populasi penduduk sekitar setengah juta orang, menyebabkan keadaan menjadi huru-hara.

6. Perfect Sense (2011)

filem perfect sense 2011 wajib tonton

IMDB: 7.1/10

Perfect Sense adalah sebuah filem drama bergenre fiksyen, sains dan romantik arahan David Mackenzie, dibintangi oleh Eva Green dan Ewan McGregor. Filem ini berkisar tentang sejenis wabak pelik yang mula tersebar ke seluruh dunia, yang mana manusia mula kehilangan salah satu dari derianya. 

Pada mulanya, ianya merupakan wabak kehilangan bau. Terdapat 2 watak utama dalam cerita ini, gabungan seorang saintis dan tukang masak. Susan, seorang saintis yang cuba memahami tentang epidemik ini, manakala Michael, tukang masak yang menarik. Hubungan antara Susan dan Michael mula terbentuk ketika huru hara sedang berlaku. Persoalannya, adakah cinta mampu mengubah dunia? 

5. Dawn of the Dead (2004)

filem dawn of the dead 2004

IMDB: 7.3/10

Dawn of the Dead adalah sebuah filem seram aksi Amerika di bawah arahan Zack Snyder. Jalan cerita filem ini bermula dengan seorang watak bernama Ana yang pulang ke rumahnya di sebuah kawasan kediaman yang tenang, namun dia sangat terkejut keesokan harinya apabila suaminya diserang secara ganas oleh jirannya yang menjadi zombie.

Dalam huru-hara yang berlaku di kejiranan tersebut, Ana berjaya melarikan diri sebelum bertembung dengan seorang pegawai polis bernama Kenneth, bersama mereka lain yang terselamat. Kesemua mereka memutuskan bahawa peluang untuk hidup adalah dengan bertahan di sebuah pusat beli belah yang sepi iaitu Crossroads Shopping Mall.

Setelah barang makanan semakin berkurangan, kumpulan ini sedar bahawa mereka tidak boleh bersembunyi di sana selamanya, dan cuba mengatur sebuah pelan bagi menyelamatkan diri. 

4. 28 Days Later (2002)

filem 28 days later 2002 wajib tonton

IMDB: 7.6/10

28 Days Later adalah sebuah filem thriller yang diarahkan oleh Danny Boyle, dibintangi oleh Naomie Harris, Christopher Eccleston, Megan Burns dan Brendan Gleeson. Plotnya berkisar tentang impak kerosakan yang berlaku selepas sejenis virus bahaya mula menjangkiti manusia, dana bagaimana watak-watak dalam filem ini melalui saat getir demi kelansungan hidup, selain terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.

3. Children of Men (2006)

filem children of men 2006

IMDB: 7.9/10

Children of Men ada sebuah filem thriller yang diarahkan oleh Alfonso Cuaron, diadaptasi daripada sebuah novel tahun 1992 iaitu The Children of Men. Filem ini berkisar sekitar tahun 2027, apabila kemandulan manusia selama 2 dekad telah menyebabkan masyarakat di ambang kehancuran. 

Pendatang tanpa izin mencari perlindungan di United Kingdom, di mana kerajaan terakhir yang masih beroperasi pada ketika itu mengenakan undang-undang imigresen yang ketat terhadap pelarian. Watak seorang penjawat awam, Theo Faron yang dimainkan oleh Clive Owen cuba membantu seorang pelarian bagi menyelamatkan diri ketika huru hara. 

2. 12 Monkeys (1995)

filem 12 monkeys 1995 wajib tonton

IMDB: 8/10

12 Monkeys adalah sebuah filem fiksyen sains Amerika yang diarah oleh Terry Gilliam, diinspirasikan oleh sebuah filem pendek tahun 1962 iaitu La Jetee, dan dibintangi oleh Bruce Willis, Madeleine Stowe dan Brad Pitt.

Pada tahun 1996, sejenis virus yang boleh membawa maut telah menjangkiti manusia, sehingga hampir menghancurkan umat ini pada ketika itu. Bagi menyelamatkan diri, manusia terpaksa hidup di kawasan bawah tanah. Sebuah kumpulan yang dikenali sebagai the Army of the Twelwe Monkeys (Tentera 12 Monyet) dipercayai telah membebaskan virus itu secara sengaja.

Pada tahun 2035, seorang banduan bernama James Cole telah dipilih dan dilatih untuk dihantar ke masa lalu bagi mencari virus asal tersebut, dalam usaha membantu para saintis untuk menghasilkan penawar. Filem ini berkisar tentang usaha Cole dalam mencapai matlamat operasinya.

1. Virus (2019)

filem virus 2019 wajib tonton

IMDB: 8.1/10

Filem Virus adalah sebuah filem thriller India berbahasa Malayalam hasil arahan Aashiq Abu, berlatar belakangkan wabak virus Nipah di Kerala. Seorang lelaki bernama Zakariya Mohammed telah dijangkiti virus yang tidak diketahui, sebelum dibawa ke Kolej Perubatan Kerajaan Kozhikode. Selepas menderita buat beberapa ketika daripada gejala virus berkenaan, dia kemudiannya meninggal dunia. Dia telah menjangkiti  seramai 18 orang, di mana 16 orang daripadanya meninggal dunia. 

Filem diinspirasikan daripada kisah benar, berkisar tentang wabak virus ini di Kerala, dan mereka yang kental dan berani dalam usaha memerangi epidemik ini.

Rujukan:

  1. gulfnews.com
  2. imdb.com
  3. rottentomatoes.com



Hakcipta iluminasi.com (2017)