Fasiliti perubatan yang mencukupi diakui mampu memanjangkan hayat pesakit Covid-19 kritikal, yang bergantung kepada mesin ventilator.

Bagaimanapun ada ketikanya, pihak perubatan sedar usaha mereka terhad setakat itu sahaja apabila pesakit mula perlu bergantung kepada bantuan mesin sepenuhnya.

Arahan untuk menghentikan sokongan mesin ke atas pesakit dilakukan akan dilakukan dan individu yang bertanggungjawab menamatkan satu-satunya talian nyawa pesakit - adalah kumpulan jururawat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Itulah yang dihadapi Juanita Nittla, seorang jururawat berpengalaman bertugas di Unit Rawatan Rapi London Royal Free Hospital. Dia adalah beberapa individu yang menanggung beban bertanggungjawab menutup mesin yang terus membolehkan pesakit hidup dan pengalaman itu, meninggalkan kesan yang sangat mendalam pada dirinya.

Situasi pesakit yang tiada harapan

pesakit jangka panjang covid 19 tiada peluang

Apabila seorang pesakit Covid-19 bergantung kepada bantuan mesin ventilator untuk bernafas, ini menandakan jangkitan virus sudah mula menyerang paru-paru dalam tahap yang kritikal.

Ventilator digunakan untuk menggantikan sementara fungsi paru-paru, bagi membantu pesakit bernafas agar tubuh pesakit sekurang-kurang cuba melawan jangkitan. Malangnya bukan semua kes berhasil sedemikian rupa.

Ada kes sukar di mana pegawai perubatan perlu mengeluarkan arahan agar sokongan mesin dihentikan, kerana tahu peluang pesakit untuk hidup tanpa bantuan mesin amat tipis. Faktor umur, rekod kesihatan lampau, reaksi tubuh mereka kepada jangkitan dan peratusan untuk sembuh diambil kira dengan teliti.

Walaupun tugas membuat keputusan itu jatuh ke bahu doktor, pelaksanaan arahan itu pula perlu dibuat jururawat seperti Juanita.

'Membenarkan' seseorang meninggal dunia

jururawat frontliner menangis

Pengalaman Juanita mengendalikan kes seorang jururawat veteran yang sudah berusia 50-an pada awal bulan April meninggalkan kesan dalam, berbanding banyak kes lain yang sudah ditempuhi sebelumnya.

Selepas arahan dikeluarkan untuk menamatkan sokongan mesin, individu seperti Juanita perlu menghubungi pihak keluarga bagi mengumumkan keputusan yang dibuat.

Reaksi pihak keluarga dalam kes pesakit itu amat sukar untuk didengari, walau sekuat mana pun dia cuba meyakinkan keluarga pesakit - ibu mereka nampak selesa dan tidak berada dalam kesakitan. Ketika panggilan itulah, Juanita akan merekodkan permintaan dan pesanan waris pesakit sekiranya ada.

Dalam kes pesakit wanita itu, waris meminta agar Juanita membenarkan waris bercakap dengan ibu mereka buat kali terakhir menggunakan telefon yang diletakkan di tepi telinga sepanjang tempoh kematian akan berlaku. Waris juga meminta Juanita memainkan muzik yang digemari pesakit sekurang-kurangnya bagi menggembirakan hati ibu mereka buat kali terakhir.

Apa saja permintaan asalkan dalam kudrat jururawat sepertinya akan dilaksanakan. Apabila semua sudah dimaklumkan, Juanita akan menarik langsir bagi melindungi pesakit daripada pandangan 7 lagi pesakit di sekeliling mereka.

Dia mematikan sistem penggera pada mesin dan mesin sokongan hidup itu pun dimatikan. Lima minit, kemudian jururawat veteran itu meninggal dunia.

Sepanjang lima minit itu, anaknya yang masih cuba bercakap dengan ibunya tidak menyedari apa yang telah berlaku.

Akhirnya Juanita terpaksa memaklumkan apa yang telah berlaku.

Satu hari, satu kematian, setiap hari

jururawat menangis 876

United Kingdom menjadi antara negara-negara dalam benua Eropah yang terjejas teruk akibat Covid-19. Kadar kemasukan pesakit tak henti-henti berlaku di kebanyakan hospital, sehinggakan bilangan jururawat yang ada tidak mencukupi.

Bagi jururawat seperti Juanita yang bertugas khusus di ICU, nisbah jururawat dengan pesakit kebiasaannya ditetapkan pada kadar 1:1.

Dalam keadaan wabak masih melanda beliau terpaksa menjaga sehingga 3 pesakit serentak satu-satu masa. Ketika keadaan lebih ekstrim, seorang jururawat bakal ditugaskan mengawasi 6 orang pesakit tahap kritikal setiap masa.

Apa yang membimbangkan dalam menjalankan tugasnya, jururawat seperti Juanita merupakan kumpulan paling berisiko dijangkiti dan itulah yang terjadi pada seorang rakan sejawat beliau. Rakannya mula menampakkan simptom-simptom jangkitan sehingga terpaksa menjalani isolasi sendiri.

Tempat rakannya diambil alih seorang jururawat bidan terjun dari unit lain yang terpaksa dilatih segera, bagi mengharungi dugaan paling mencabar di Unit Rawatan Rapi.

Diminta cuti rehat akibat risiko

pasukan juanita bertugas di icu

Unit di mana Juanita berkhidmat mempunyai kadar satu kematian sehari setakat ini secara konsisten, menandakan tahap kesukaran yang mereka hadapi bagi membendung penularan wabak agak luar biasa kadar kematiannya - khusunya di Eropah.

Dihantui pesakit-pesakit yang terpaksa dibenarkan meninggal dunia apatah lagi tangan sendiri yang 'menyebabkan' kematian mereka; bukanlah sesuatu yang indah untuk dikenang. Namun Juanita menganggap itu semua adalah dugaan yang datang daripada tugasnya.

Lebih malang pada pertengahan bulan April, Juanita sendiri mula mengalami masalah kesihatan menyebabkan dia diminta bertugas dari rumah menjalankan kerja-kerja pentadbiran sebagai langkah berjaga-jaga.

Beratkan tugas jururawat sebenarnya?

Kami tak tahu seandainya langkah dasar sama dijalankan di negara kita ke atas pesakit Coviid-19, di mana pesakit dibenarkan untuk meninggal dunia tanpa sokongan mesin.

Jika ada, siapa yang diberikan tanggungjawab melaksanakannya; doktor atau jururawat? Berpeluh dahi memikirkan, bagaimana perasaannya bila kita tahu kita diberikan kuasa untuk memutuskan satu nyawa - hanya dengan memetik satu suis sahaja.


Artikel ini adalah terjemahan dan olahan semula artikel 'I spend the final moments with dying patients’ yang diterbitkan pada 20 April 2020 oleh BBC.




Hakcipta iluminasi.com (2017)