Kredit foto: Instagram Syed Ali

Aktor Syed Ali mengakui sedang menjalinkan hubungan rapat dengan salah seorang pelanggannya, Wani yang berasal dari Nilai, Negeri Sembilan.

Menurut Syed, hubungan dengan gadis berumur 25 tahun itu pada mulanya hanyalah atas landasan perniagaan.

pelakon syed ali dedah foto dan identiti kekasih 2

Kredit foto: Instagram Syed Ali

Wani merupakan antara pelanggan sabun pencuci pakaian jenama Be Fresh yang diusahakan oleh saya. Bermula atas dasar urusan bisnes, saya kini sedang mengenali hati budi Wani. Saya baru sahaja mengenali Wani tetapi apa yang boleh saya katakan, saya selesa dengan Wani dan dia istimewa di hati saya.

Sumber: Astro Gempak

Apa yang membuatkan Syed lebih tertarik adalah kesederhanaan wanita itu yang tidak mempunyai banyak ragam.

pelakon syed ali dedah foto dan identiti kekasih 3

Kredit foto: Instagram Syed Ali

Wani seorang wanita yang simple. Saya senang berkawan dengan dirinya. Saya juga ada perancangan untuk membawa hubungan kami ke tahap yang lebih serius. Pada sambutan Syawal tempoh hari, saya berkesempatan berkunjung ke rumah Wani untuk bertemu dengan keluarganya. Saya memohon doa agar segalanya dipermudahkan.

Sumber: Astro Gempak

Syed membuat kenyataan tersebut di majlis sesi ramah mesra serta tayangan khas filem Kerja Kahwin yang berlangsung baru-baru ini.

Mengulas tentang filem tersebut, Syed memberitahu jalan ceritanya sedikit sebanyak mengingatkan beliau tentang kenangan persiapan kahwin abangnya yang turut dilakukan secara tradisional.

Dewasa kini, jarang kita temui majlis perkahwinan yang melakukan persiapan satu persatu secara tradisional. Orang kita lebih gemar mengupah perancang perkahwinan dan menyerahkan segala urusan kepada pihak tersebut. Filem Kerja Kahwin menonjolkan persiapan untuk mengadakan kenduri satu demi satu secara bergotong royong. Sedikit sebanyak, saya mengimbas memori ketika melakukan persiapan perkahwinan abang saya dahulu yang dilakukan beramai-ramai. Pengalaman tersebut agak memenatkan tetapi manis untuk dikenang.

Sumber: Astro Gempak  

Kerja Kahwin mengisahkan Farah, yang dilakonkan oleh aktres Janna Nick sedang dalam persiapan melakukan persediaan perkahwinan tetapi dilakukan secara tradisional. Antara pelakon lain yang terlibat adalah Datuk Rosnani Jamil, Shaharuddin Thamby, Syed Ali dan ramai lagi. Akan menemui penonton di pawagam bermula 20 Julai ini. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)