Kredit foto: Instagram Pekin Ibrahim

Aktor, pengarah dan penerbit KL Wangan, Pekin Ibrahim, berkongsi laporan polis yang dibuatnya semalam.

Dipercayai ia merupakan laporan berhubung filem arahannya yang ditayangkan kepada umum oleh individu tidak bertanggungjawab menerusi Facebook Secara Langsung pada hari sama.

Dalam kiriman berkenaan, Pekin memuat naik beberapa bahagian kertas laporan polis yang dibuat beberapa jam sebelumnya.

“Tidak mampu berkata apa, biarlah pihak berkuasa yang mengambil tindakan..” katanya dalam ruangan kapsyen disertai tanda pagar #perjuanganfilemmalaysia #hentikan FBlive # Klwangan #istiqomah #supportfilemmalaysia.

Sementara itu, para pengikut beliau termasuk rakan artis tampil memberikan kata-kata semangat menerusi ruangan komen.

Terdahulu, beberapa filem melayu popular turut menerima tempias sama, antaranya filem Kau Yang Satu, Abang Long Fadil 2 dan Pinjamkan Hatiku.

Difahamkan, KL Wangan yang juga filem kedua arahan Pekin sudahpun berada di pawagam selama 15 hari dan meraih kutipan melebihi RM1 juta pada hari kedua tayangan.

Sumber berita: Sinar Harian 




Hakcipta iluminasi.com (2017)