Oleh pada 11 Mar 2018 kategori
isu boikot kl special force syafiq yusof minta lapor polis
Kredit foto: Instagram Syafiq Yusof

Kecoh apabila filem ketujuh Syafiq Yusof, KL Special Force yang baharu sahaja menemui penonton di pawagam berdepan dengan satu isu yang menggugat reputasi pengarahnya.

Kontroversi yang dimaksudkan adalah penubuhan sebuah page di laman sosial Facebook meminta agar semua netizen memboikot filem penuh aksi itu.

Ia gara-gara admin page berkenaan dikatakan mempunyai masalah peribadi dengan salah seorang penerbit filem ini.

Sehubungan dengan itu, Syafiq tampil memberi respon dalam sebuah wawancara bersama portal Sinar Harian.

Menurut pengarah muda itu, syarikat Skop Productions dan Viper Studios sebelum ini telahpun beberapa kali menghasilkan karya filem bersama rakan kongsi yang berbeza.

"Bagi filem KL Special Force, saya menerima pelaburan mengikut proses undang-undang dari syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

"Pihak kami juga mengenal pasti bahawa pihak rakan kongsi tidak disabitkan apa-apa kesalahan dari segi perundangan Malaysia.

"Maka sebab itulah kami menerima pelaburan usahasama dari pihak Damofa Productions melalui proses perjanjian hitam putih yang sah dari segi undang-undang," katanya.

Syafiq berharap pihak berkenaan yang tidak berpuas hati dengan Damofa Productions agar segera tampil membuat laporan polis untuk menyelesaikan isu kemelut dengan syarikat itu.

"Tidak adil untuk memboikot filem saya yang saya usahakan dengan bersungguh-sungguh tanpa melanggar apa-apa undang-undang negara ini," katanya.

Namun hasil tinjauan terkini di Facebook mendapati page tersebut telahpun dihapuskan.


tags : , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)