Oleh pada 26 Mar 2017 kategori

Kredit foto: Beautifulnara

Mungkin kerana rimas dengan isu berpegangan tangan dengan Uqasha Senrose yang masih diperkatakan sehingga ke hari ini, Shah Iskandar meminta perkara tersebut agar tidak dipanjangkan lagi. 

Menurut Shah, beliau memegang tangan pelakon wanita itu demi melindungi keselamatannya yang memakai kasut bertumit tinggi ketika acara tersebut berlangsung. 

Bagaimanapun beliau bersyukur kerana dikurniakan isteri yang memahami, malah isu tersebut tidak sekalipun mengganggu keharmonian rumahtangganya. 

Saya perlu memastikan Uqasha selesa dan tiada apa-apa yang buruk berlaku. Bukan hanya Uqasha, tetapi saya juga melakukan perkara yang sama terhadap pelakon wanita lain. Saya tidak berbuat apa-apa kesilapan, jadi ada baiknya perkara ini tidak diperbesarkan. Saya faham asam garam dunia hiburan apabila perkara kecil sengaja diperbesarkan untuk menarik perhatian ramai. Saya mengaku memimpin tangan Uqasha, tetapi saya tiada niat lain kecuali memastikan keselamatannya. Syukur kerana isteri memahami malah enggan memperbesarkan isu ini apabila ada pihak media menghubungi untuk mendapatkan komennya. Sebelum ini, saya pernah memimpin tangan pelakon wanita lain tetapi tidak pula diperbesarkan. Lagipun, ia tidak membabitkan perasaan jadi tidak perlu ia dijadikan isu. 

Bagi Uqasha pula, dia telah mengambil langkah berjaga-jaga agar isu tersebut tidak menimbulkan salah faham dengan menyampaikan ucapan maaf kepada isteri Shah. 

Saya ada menyampaikan pesanan melalui Shah kepada isterinya bahawa saya meminta maaf dan minta dia jelaskan perkara sebenar pada majlis berkenaan, saya tiada apa-apa hubungan dengan suami dia. Saya tidak mahu perkara ini menimbulkan perasaan tidak senang terhadap saya. Shah sudah beritahu isterinya tentang itu dan dia juga faham situasi kami. 

shah iskandar pegang tangan uqahsa untuk keselamatan 2

Sumber berita: BH Online , Mstar & myartis 




Hakcipta iluminasi.com (2017)